Selasa, Ogos 11, 2009

Perasaan Yang Bercampur Pada Ketika Ini


1. Letih rasanya memikirkan nasib yang belum membunga yang boleh dilihat kerana umur masih awal menghinggapi ijazah yang pertama namun berbekalkan pengalaman bekerja yang menyaksikan kepayahan dalam menghasilkan income bulanan yang seperti hidup segan, mati tidak mahu membuatkan lebih bersedia untuk memajukan diri.

2. Namun kekangan yang hebat dengan sekitar politik yang tidak menentu di Malaysia dan kadang-kadangnya muncul di Universiti menyebabkan masalah-masalah yang kecil sekecil semut pun boleh dijadikan isu yang besar kerana masakan manusia yang menginginkan kebajikannya ditindas.

3. Perasaan sekarang ini berbelah bahagi samada bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebajikan, tetapi masalahnya sekarang ini, apabila kita berkecimpung dalam arena sedemikian rupa akan menyebabkan pelajaran terganggu, ramai yang akan mengenali kita dan ramai juga yang akan mencemuh kita.

4. Cuma apa yang hendak disuarakan hanya untuk memberi tamparan kepada mana-mana pihak pengurusan agar tidak memandang rendah kepada kebolehan yang ada oleh mana-mana pelajar kerana kamilah harapan bangsa dan merupakan generasi pemangkin kepada pertumbuhan negara dan bakal mentadbir negara.

5. Maka perlulah dengan secara berhemahnya saya mungkin akan menegur mana-mana isu yang dirasakan mencabul hak kebajikan pelajar yang pada saya, akan menimpa saya.

6. Namun, satu sahaja dalam fikiran saya bahawasanya, hidup manusia tidak semestinya hanya perlu membangkang apa-apa jua keputusan yang difikirkan tidak elok tetapi sebagai pelajar yang berfikiran waras, kita sepatutnya cuba memberi jalan untuk menyelesaikan segala juga masalah yang ada atau muncul agar masing-masing akan mendapat manfaat dan kemudahan.

7. Bagaimana dengan pilihan? Terserah kepada diri namun dalam hati saya, masih berbelah bahagi. Atas pagar. Mana yang difikirkan perlu, itulah jalan yang diambil...


p/s: Mesti ada yang tidak faham.. Namun, mengertilah, orang yang melaluinya hanya akan tahu..

Wallahua'lam


1.54am 11/08/2009
Muhammad Danial Ismail

2 ulasan:

Arsyad berkata...

hebat la perasaan saudara danial :)

Danial Hamba Allah berkata...

Perasaan biasa-biasa je.. Sekadar meluahkan apa-apa yang terbuku di hati..

Waahhhh...