Rabu, Februari 15, 2012

Apabila lama tidak menulis

Assalamualaikum..

Apabila lama tidak menulis menyebabkan saya agak keberatan untuk menrungkai persoalan dalam diri sendiri mengenai beberapa perkara..

Banyak sebenarnya yang dilalui sepanjang waktu saya tidak menulis dek kerana sibuk dalam menjalani sesi pembelajaran. Namun di tahun 2012 ini, saya bertekad untuk lebih berusaha agar mencapai apa jua yang saya hajati dan
aim selama ini. InsyaAllah..

Apa jua perancangan saya akan saya turuti dan mudah-mudahan Allah mempermudah..

Wallahua'lam.

Selasa, April 26, 2011

Study Mode to Final Exam Mode

Assalamualaikum and good day to everybody.. This post is been generate by my C6-00 NOKIA handphone.. Just want to wish Good Luck on exam.. tq...

Isnin, April 18, 2011

Mengenang Diri


Assalamualaikum..

Dalam post kali ini, saya ingin mempersembahkan beberapa pemikiran yang sering berlegar-legar di dalam minda yang perlu dicerna dengan secara berhikmah. Walau dalam kesibukkan yang dilalui hari demi hari apabila bergelar Pelajar Universiti, saya kadang-kadang terpanggil untuk memberi beberapa coretan pandangan tentang beberapa isu yang kadangkala menjengah saya.

Apabila saya meneliti laman Facebook saya yang di dalamnya terdapat beberapa kumpulan rakan lama yang senantiasa update status mereka di alam maya, sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui perkembangan mereka. Ada di antara mereka yang sudah bekerja di dalam pelbagai bidang. Ada yang menjadi guru, pensyarah, technician, bidang perkapalan, pekerja kilang dan lain-lain. Semua ini telah memberi suntikan semangat kepada saya untuk cepat menghabiskan sesi pembelajaran saya dengan lebih cepat.

Terdapat pula mereka yang telah berkahwin dan ada pula yang sudah memiliki cahaya mata. Semua ini seolah-olah memberi tamparan kepada saya agar lebih terarah dalam sesi pembelajaran dan tidak hanya fokus terhadap pelajaran tetapi juga fokus terhadap apa yang bakal menanti kelak. Perkara seperti ini perlu dalam saya memuhasabahkan diri dalam proses mematangkan diri dan mengumpul ilmu-ilmu supaya lebih bersedia dalam bidang industri yang bakal mencabar nanti.

Terdapat juga beberapa perkara yang melibatkan kepimpinan yang berprinsip yang menjadi pegangan saya. Sekalipun mandat yang telah saya terima dalam memastikan kelancaran persatuan itu, namun tidak dinafikan terdapat beberapa kekangan dalam beberapa perkara. Al-maklumlah, sebagai orang yang bepersatuan secara part-time ini menguji kecerdasan fikiran dalam mengolah perkara secara kritis dan kreatif agar manfaatnya secara sejagat dan marhaen. Biarlah kita bersikap progresif dan mampu menerima apa jua pandangan orang lain supaya dapat kita melaksanakan sistem demokrasi yang telus dan mencapai kejayaan sesuatu persatuan itu secara amnya.


Isnin, Februari 07, 2011

Bercoret, Celoteh Isnin

Assalamualaikum pembuka bicara..

Lama juga tak bersua dalam blog ini. Maklumlah banyak kekangan tugasan yang diberi dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Selama beberapa hari atau bulan tidak menulis blog, pelbagai perkara yang telah ditempuhi.

1. Manifesto PERKASA
2. Assignment akademik
3. Cuti Mid-Semester

Jadinya, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Namun, setelah bermanifesto dengan portfolio tertentu dalam PERKASA dan telah berlangsungnya pilihanraya PERKASA, nama saya telah mendapat undian terbanyak. Justeru, tanggungjawab yang besar bakal menanti. InsyaAllah kalau tidak ada aral, tanggungjawab akan dibereskan dengan ikhlas.

Wallahu'alam.


Muhammad Danial Ismail
UMP
12.31pm
7 Februari 2011

Ahad, Disember 12, 2010

Tahun Baru Masihi 2011 menjelang

Salam...

Banyak sebenarnya yang telah berlaku sepanjang 2010 tapi yang penting adalah segala yang keruh hendaklah kita jernihkan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

Saya akui sebagai manusia biasa, kita semestinya tidak terlepas melakukan kesilapan maka sebelum tidur semestinya saya akan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat kesilapan terhadap saya kerana semestinya kadang-kadang kita tidak perasan.

Justeru, adalah diharap tahun 2011 ini memberi sinar baru, sinar yang cerah, insyaAllah...

Jumaat, Disember 10, 2010

Kenduri Kahwin Disember 2010


Salam...


Pada bulan ni terasa sungguh banyak pula kenduri yang melibatkan kenalan-kenalan yang terdekat mahupun di kalangan keluarga. Manakan tidak, 3 orang sepupu dan 3 orang kawan yag akan melangsungkan perkahwinan di bulan Disember 2010.

Nampak gayanya ramai rupanya yang target untuk kahwin tahun 2010. Apa yang pasti, perut ni perlukan ruang untuk mengisi makanan yang banyak. Hampir setiap minggu ada saja kenduri kahwin. Rasanya berat badan akan menaik mendadak..

Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan tu, didoakan agar bahgia hingga ke syurga, insyaAllah..


p/s: baru ada arnab seekor. Hopefully dapat jaga ikut tip-tip dari internet....

p/s/s: Gambar di atas adalah gambar hiasan.

Isnin, Disember 06, 2010

Maal Hijrah 1432


Salam....

Hari ini sudah menjelma tahun baru... Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan kita ubah azam untuk jadi yang terbaik..

Mari kita guna masa yang ada untuk kita memantapkan diri dan kita mencari bekalan untuk ke akhirat sana..


Akhir sekali, Salam Maal Hijrah 1432..


Wassalam..