Selasa, Ogos 25, 2009

Tip Keselamatan Untuk Perjalanan Jauh

* Periksa dan servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Periksa komponen enjin seperti minyak enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek, minyak brek dan brek tangan serta penggilap cermin

* Rancang perjalanan anda. Kenal pasti laluan yang bakal dilalui serta lokasi untuk anda berehat ketika perjalanan itu

* Pastikan rehat yang cukup sebelum memandu jauh. Elakkan memandu ketika lewat malam atau awal pagi yang sebenarnya waktu tidur dan rehat bagi tubuh badan.

Memandu selepas makan terlalu banyak atau bekerja untuk tempoh yang panjang akan menyebabkan anda kepenatan dan keletihan yang seterusnya akan mengganggu tumpuan pemanduan

* Elak minum minuman keras atau ubat yang menyebabkan rasa mengantuk atau mengganggu tumpuan memandu. Hindari daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula terlalu tinggi kerana ia mudah menyebabkan letih dan mengantuk

* Elak perasaan negatif seperti rasa marah sebelum memandu. Kemarahan akan menyebabkan anda tidak menghiraukan peraturan lalu lintas hingga memandu melebihi had laju dan memandu secara berbahaya

* Sebelum mula memandu, pastikan tempat duduk pemandu berada dalam kedudukan yang memberikan anda penglihatan yang maksimum

* Simpan sebuah kotak ubat dalam kenderaan serta alat pemadam kebakaran kecil sebagai langkah berjaga-jaga sama ada untuk kenderaan sendiri serta boleh membantu orang lain ketika diperlukan

* Sentiasa bawa bersama minyak enjin dan air dalam tong simpanan.

Lima 'checklist' Aidilfitri untuk lelaki

Pengacara program Nona TV3, Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan berkongsi lima tip jejaka menyambut lebaran.

1. Pastikan kelengkapan Aidilfitri siap sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari raya. Jangan tunggu hingga hari-hari terakhir Ramadan baru hendak membeli-belah atau membuat persiapan. Kelam-kabut jawabnya nanti...

2. Sediakan wang mencukupi. Jangan pula fikir sebelum Aidilfitri saja perlu gunakan banyak wang. Sepanjang hari raya juga banyak perbelanjaan perlu disediakan.

Antaranya jamuan makan, duit raya untuk kanak-kanak dan peruntukan kos pengangkutan untuk kunjung-mengunjung di lebaran.

3. Apabila menjelang hari raya malah pada pagi Aidilfitri, orang lelaki kenalah rajin-rajinkan diri masuk ke dapur membantu ibu ataupun isteri menyiapkan kuih raya dan memasak juadah enak.

4. Rancang perjalanan. Sepanjang cuti hari raya raya, rancanglah dengan teliti rumah yang hendak dikunjungi pada hari raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Dengan merancang, sekurang-kurangnya kita tidak terlupa insan penting yang perlu diziarahi.

5. Jangan lupa servis kenderaan! Ini penting supaya perjalanan ke kampung lancar. Bimbang nanti, terganggu pula mood balik kampung kalau kenderaan tiba-tiba meragam di tengah jalan.

Ahad, Ogos 23, 2009

10 tabiat rosakkan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap

kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Waktu Diharamkan Solat

Perkara ini telah lama menjadi ingatan kepada diri saya. Saya nak kongsi dengan rakan-rakan yang lain..

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika
matahari baru naik ke langit. ie subuh from
5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am

Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu
syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada
di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga
kerana ia menyamai org yang menyembah matahari.
Jika kita terbangun dari tidur pada pukul
7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh,
kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada
tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri
tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita.
Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan
syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam
5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga
waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan.
Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang
menghormati dan tidak melengahkan waktu solat.
Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam
ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari
Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."

Agar ia menjadi ingatan kepada kita yang kadang-kadang terlupa.. Islam itu Syumul.. Bab ini pun dikupas dengan komprehensif..


Wassalam..

7.23am, 22 Ogos 2009, 1 Ramadhan
KK2:E34, UMP
Muhammad Danial Ismail

Ramadhan Al-Mubarak

Di sini saya ingin mengucapkan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh unat Islam di dunia ini samada alam maya atau realiti ini.

"Ahlan wasahlan Ya Ramadhan, Bulan doa dimakbulkan, Penuh keberkatan"


Bersama-samalah kita meningkatkan amalan & ketaqwaan kita. Renungi dosa-dosa kita dan berusaha mengatasinya dengan bertaubat & pertingkatkan segala amalan yang menjurus kepada pahala-pahala & juga, isilah malam dengan bermanfaat.


Salam ikhlas,
Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang

6.04pg, 22 Ogos 2009, 1 Ramadhan

Rabu, Ogos 19, 2009

Apa yang berlaku?




1. Apa sebenarnya berlaku? Perkara yang sering menjadi pertikaian dan sering bermain dalam fikiran saya adalah berkenaan PTPTN.

2. Hal ini disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh saya yang melibatkan duit. Saudara-saudari bayangkan sekiranya kekangan untuk menghadapi semua tohmahan para pensyarah apabila bahan rujukan tidak mampu dibeli hanya kerana masalah PTPTN ini?

3. Perkara yang menjadi lebih hebat kesannya sekarang ini ialah kerana Bulan Ramadhan hampir tiba dan saya fikir, insyaAllah, hari Sabtu ini adalah 1 Ramadhan, dan dengan kekangan duit ini menyebabkan saya dan rakan-rakan yang belum menerima PTPTN merasa susah.

4. Saya tidak menyatakan kepada mereka dari golongan keluarga yang berpendapatan tinggi tapi apabila memikirkan bebanan kepada keluarga di mana kita hanya menggunakan keluarga sebagai tempat untuk meminta wang di kala kita yang telah pun dewasa, remaja, dan boleh menerima PTPTN itu, semestinya tidak sabar menanti datangnya wang 'pinjaman' tersebut.

5. Saya telah pun mengambil langkah inisiatif di mana saya telah pun memaklumkan pihak MPP dalam bahagian Kebajikan berkenaan hal ini pada hari ini namun masih memerlukan masa juga kepada pihak MPP ini untuk membalas dan mengambil tindakan terhadap complain saya.

6. Apa yang penting sekarang ini ialah, Sabar dan Wait & See.


Sekian saja untuk kali ini.


9.17am, 19/08/2009, Perpustakaan UMP.

Selasa, Ogos 18, 2009

Masalah masalah masalah.... lagi..


1. Pertamanya, saya menghadapi masalah dengan connection internet apabila 2 hari lepas berlakunya kilat di UMP dan seterusnya menyebabkan masalah Internet melanda.


Action: Saya telah pun memaklumkan kepada Pihak Pengurusan Penginapan KK2 dan tinjauan daripada pihak berkenaan telah pun dibuat namun masalah masih berterusan. (We'll see 2-3 days more)


2. Masalah seterusnya berkenaan dengan Air di rumah saya, E34, di mana rumah-rumah lain ada air namun rumah saya menghadapi tekanan air yang rendah menyebabkan saya menghadapi masalah air walaupun bekalan air masih berterusan. Suspect saya ialah tangki atau paip yang tersumbat.


3. Hal berkenaan dengan air ini amat teruk sehinggakan saya terpaksa mandi atau bersih diri hatta mengambil wudu' pun di rumah sebelah.


Action: Telahpun maklumkan ke pihak pengurusan KK2 namun apa yang di beri ialah Spanar. Ya, spanar, dengan harapan saya dan rakan-rakan serumah baiki sendiri. Tetapi bagi saya, hal ini semestinya tidak bagus dan tidak praktikal kerana orang yang dibayar untuk menjalankan kerja tersebut tidak lakukannya tetapi ornag yang membayar gaji-gaji mereka dipaksa untuk lakukannya. Saya dan rakan-rakan telahpun baiki tapi air ada sementara sahaja dan akhirnya tekanan air masih lagi lemah.


4. Sabar je lah....



Wassalam..



5.30pm, 18/08/2009, Perpustakaan UMP.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Asri rebah dalam studio


Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

SHAH ALAM: “Balik malam tadi (kelmarin), Asri mengajak saya keluar makan malam, perkara yang jarang dapat kami lakukan bersama kerana kesibukannya. Kami keluar berdua kerana anak-anak sudah tidur dan Asri kata pesan (makanan) apa saja. Selepas itu kami menonton televisyen berdua dan berbual lama.

“Bagaimanapun, ketika keluar hendak menjayakan rakaman program Syahadah di RTM (Radio Televisyen Malaysia), pagi tadi (semalam), Asri mengadu tidak sihat dan batuk lalu dia minta saya menghantarnya ke pejabat Rabbani Productions di Taman Manjalara, Kepong.

“Itu pertemuan terakhir saya dengannya sebelum diberitahu dia sudah tiada, lebih kurang jam 11 pagi,” kata Nur Jannah Shahadan, 39, isteri vokalis utama Rabbani, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim, 40, ketika ditemui di rumah keluarga arwah di Kampung Bukit Lanchong di sini.

Asri meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan enam cahaya mata, Mohd Nasimuddin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilham, 10, Soffiyah Munawwarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 5.



Menurut Jannah, walaupun tidak menyangka Asri akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya begitu cepat, dia tetap bersyukur kerana Allah SWT memberikannya kekuatan untuk menerima kenyataan suami tercinta sudah pergi menghadap Ilahi.

“Komitmen Asri terhadap kerjaya seninya menjadikan saya seorang yang berdikari. Allahyarham seorang suami dan bapa yang baik. Tidak ada apa yang terkilan di hati cuma pagi tadi (semalam) sebelum dia keluar rumah, saya tidak dapat memeluknya erat.

“Kenangan paling manis baru-baru ini kami dapat menunaikan umrah bersama-sama sambil berziarah di Istanbul. Asri menyifatkan pemergian kami ke Tanah Suci itu untuk mengerjakan umrah sambil berbulan madu selepas 16 tahun kami berkahwin.

“Insya-Allah, saya akan tabah mengharungi kehidupan ini membesarkan anak bersendirian,” katanya.

Azadan Abdul Aziz, 36, seorang daripada anggota Rabbani dan yang paling rapat dengan Allahyarham berkata, dia dan anggota lain akan meneruskan perjuangan kumpulan nasyid paling popular itu.

“Asri bukan hanya kawan dan rakan seperjuangan dalam dunia seni yang berdakwah menerusi lagu nasyid, malah dia pemimpin dan bapa kepada kami. Namun, Allah lebih menyayanginya dan kami reda pemergiannya.

“Meskipun beliau sudah tiada, semangat dan kekuatannya akan terus bersama kami untuk meneruskan perjuangan Rabbani. Banyak program dirancang pada Ramadan ini terutama persembahan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

“Selepas ketiadaan Asri, saya akan kumpulkan semua anggota Rabbani untuk membina semula kekuatan bagi menghadapi hari esok. Perjuangan Rabbani dalam bidang seni akan diteruskan.

“Meskipun saya dan anggota lain dapat menerima ketentuan Allah SWT, kami semua tetap terkejut kerana pemergian Asri terlalu mendadak. Sebelum itu kami pernah berbual berdua, macam mana dengan Rabbani jika berlaku apa-apa dengan Asri. Tak sangka pula perbualan kami menjadi kenyataan.

“Pun begitu kami bersyukur kerana Asri pergi dalam keadaan tenang dan wajahnya seperti orang tidur,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini, selepas Maghrib malam tadi, bersebelahan pusara bapanya yang meninggal dunia hampir setahun lalu.

Khamis, Ogos 13, 2009

What's Happening Today

1. Well, last night I had sms by my mother informing me that my Uncle that been kept in ICU in the morning, passed away.. -Al-Fatihah-

2. Today, nothing much done but most importantly, I had done my presentation without any problem, splendidly.

3. But about 1.00pm, I saw an announcement that said the Nasyid Rabbani Vocalist, Asri Ibrahim, had passed away due to the cause of heart attack at the age of 42. Sadly but I can feel the connection as my Uncle also passed away last night. -Al-Fatihah- again...

4. It's kinda sad, sorrow, dull and I don't feel really energetic now. Need to be calm and relax first and also I had a class tonight. 8-10pm.. Engineering Mechanics..


Today is the Sad, Sorrow, feel to tribute mode....


Wassalam..

3.38pm, 13/8/2009

Rabu, Ogos 12, 2009

What's Happening Tomorrow?

1. There's been a long time that i'm not using the English in writing. Well, tomorrow is quite a busy day which I will be having presentation, English Presentation, about 'Legend'.

2. The legend that i choose is P. Ramlee and i'm really sure that most of the Malaysian recognise him as one of the Malay Movie superstar with multi-talent.

3. Well, i'm not going to talk about him as many of you will know him by just google it. Tomorrow my class schedule is quite pack and there's also some things that keep chasing round and round in my mind and head.

4. There's an International Lecturer in faculty which for me is quite strict and i'm not really happy about it. Maybe because as a new lecturer, he should behave strict and accordingly to the rules and regulation of the faculty but for me, mostly, I don't really understand his English. Then, he is not in the mood like the other lecturer. Means, when my group wanted to ask something about the Lab that we have make and going through, he just suddenly give bad rating on us which is for me, Unfair.

5. For what I know, if we don't ask then we won't really understand and take note on every lab that we commit but I don't know, maybe his previous Country, they don't practise whatever our University do to ensure that every student is knowledgeable. Well, enough for that though.

6. Today, 4.30pm, there will be having a meeting for the student from 1 year which is from the Polytechnic and Diploma holder from UMP. It's about co-curriculum activity. Thus, I am really looking forward to know what is really an agenda to the meeting. Positive or Negative outcome?

We'll see..

Done for today...


2.15pm 12/08/2009
~Start doing report lab~

p/s: today, my uncle is in ICU and in comma state. Please pray for better result, insyaAllah.

Selasa, Ogos 11, 2009

Perasaan Yang Bercampur Pada Ketika Ini


1. Letih rasanya memikirkan nasib yang belum membunga yang boleh dilihat kerana umur masih awal menghinggapi ijazah yang pertama namun berbekalkan pengalaman bekerja yang menyaksikan kepayahan dalam menghasilkan income bulanan yang seperti hidup segan, mati tidak mahu membuatkan lebih bersedia untuk memajukan diri.

2. Namun kekangan yang hebat dengan sekitar politik yang tidak menentu di Malaysia dan kadang-kadangnya muncul di Universiti menyebabkan masalah-masalah yang kecil sekecil semut pun boleh dijadikan isu yang besar kerana masakan manusia yang menginginkan kebajikannya ditindas.

3. Perasaan sekarang ini berbelah bahagi samada bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebajikan, tetapi masalahnya sekarang ini, apabila kita berkecimpung dalam arena sedemikian rupa akan menyebabkan pelajaran terganggu, ramai yang akan mengenali kita dan ramai juga yang akan mencemuh kita.

4. Cuma apa yang hendak disuarakan hanya untuk memberi tamparan kepada mana-mana pihak pengurusan agar tidak memandang rendah kepada kebolehan yang ada oleh mana-mana pelajar kerana kamilah harapan bangsa dan merupakan generasi pemangkin kepada pertumbuhan negara dan bakal mentadbir negara.

5. Maka perlulah dengan secara berhemahnya saya mungkin akan menegur mana-mana isu yang dirasakan mencabul hak kebajikan pelajar yang pada saya, akan menimpa saya.

6. Namun, satu sahaja dalam fikiran saya bahawasanya, hidup manusia tidak semestinya hanya perlu membangkang apa-apa jua keputusan yang difikirkan tidak elok tetapi sebagai pelajar yang berfikiran waras, kita sepatutnya cuba memberi jalan untuk menyelesaikan segala juga masalah yang ada atau muncul agar masing-masing akan mendapat manfaat dan kemudahan.

7. Bagaimana dengan pilihan? Terserah kepada diri namun dalam hati saya, masih berbelah bahagi. Atas pagar. Mana yang difikirkan perlu, itulah jalan yang diambil...


p/s: Mesti ada yang tidak faham.. Namun, mengertilah, orang yang melaluinya hanya akan tahu..

Wallahua'lam


1.54am 11/08/2009
Muhammad Danial Ismail

Isnin, Ogos 10, 2009

Masih Hampa..

1. Buku yang dicari masih tidak kelihatan di Library UMP.

2. Jadi, memandangkan buku masih belum didapati, sekarang ini terserahlah kepada Plan C.

3. Wait & See sehinggakan saya mendapat buku yang diidamkan.


p/s: Tengah bersiap ke Surau UMP.



7.17pm 10/08/2009

Ahad, Ogos 09, 2009

Kekecewaan melanda..

1. Pertamanya, rasa bangkitnya kekecewaan pada hari ini apabila saya menyerbu Darul Ansar tetapi kurang memberi hasil yang memuaskan.

2. Buku Rahsia Arqam telah pun habis stoknya. Seingat saya, buku tersebut ada terjual di Darul Ansar pada Disember 2008 iaitu tahun lepas.

3. Apakan daya, bersabarlah.. Ada hikmah di sebalik keletihan mencari buku tersebut.

4. Plan B, search buku itu di perpustakaan UMP dan kalau ada, esok GraB. Nak buat macam mana lagi kalau hati dah berkenan kepada buku tersebut.

5. Next step? Wait until tomorrow..... UMP Library... Here I go...



11.42pm, 09/08/2009

Carian buku...


1. Buat pengetahuan semua, inilah dia buku yang dicari saya ketika ini. InsyaAllah pukul 6 petang hari ini saya akan ke Kuantan Parade, Darul Ansar untuk membeli buku ilmiah ini.

2. Dah lama sebenarnya ingin memiliki buku ini tapi disebabkan desakan masa yang begitu singkat dan sentiasa mencemburui oleh hal-hal dunia maka terbantutlah niat murni untuk menampah koleksi buku-buku ilmiah.

3. Selepas beli buku ini, insyaAllah, akan saya review agar semua dapat tahu mengapa saya hendak sangat buku yang sebegini rupa.


~Rahsia Arqam~ Here I go....

5.00pm, 9/8/2009

I LOVE MALAYSIA


Hari Kebangsaan Telah Hampir Tiba... KLIK

Lihatlah banner di atas ini dan tunjukkan rasa kecintaan anda pada Malaysia negara tercinta dengan klik di sini, KLIK dan join dengan masukkan ia dalam blog anda.

Jgn lupa untuk letakkan deandanial@gmail.com sebagai referrer anda. Kalau tidak, tak boleh.

p/s: Apa salahnya join something yang menunjukkan perasaan cintakan negara Malaysia, insyaAllah..

Kenapa saya ber-Blog?

1. Sebelum saya berceloteh panjang mengenai Blog, saya telah lama berkecimpung dalam dunia teknologi maklumat pada tahun 90-an di mana pada waktu itu blog belum pun wujud. Yg wujud pada waktu itu ialah Geocities, Lycos dan lain-lain yang merupakan medan untuk saya belajar cara-cara online menggunakan internet.

2. Blog bagi saya umpama catatan seharian kita yang pada kita, perkara yang bermain di fikiran kita yang hendak kita luahkan tak kira samada ianya merangkumi aspek yang meluas atau tidak.

3. Tidak keterlaluan kiranya saya katakan bahawa blog telah menjadi trend masa kini yang menyaksikan golongan-golongan muda mula untuk mendapatkan pengaruh menerusi laman blognya itu.

4. Malah dengan blog, para pelawat dapat mengetahui pendapat-pendapat yang ingin diutarakan oleh penulis.

5. Saya pula merupakan seorang yang suka membaca maka banyaklah yang ingin saya luahkan dan tafsir mengikut kefahaman saya sendiri.

6. Malah dengan meluahkan segala yang terbuku di hati dapat juga memuaskan hati yang lara, dan seterusnya mengasah minda kita supaya lebih kreatif berkarya.

7. Blog juga merupakan karya peribadi yang tidak memerlukan hakcipta. Bagi saya, apa jua terlintas di hati sekiranya tidak diluahkan dengan segera, ianya akan hilang kerana manusia ada sifat pelupanya.

8. Saya suka menulis. Saya suka berkarya. Saya suka meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya, rasa gembira saya dan rasa yang lain-lain.

9. Biarlah blog ini menjadi kenangan, sejarah pada suatu masa akan datang dan seterusnya menjadi rujukan kepada generasi yang akan datang.



Wassalam... 9/8/2009

Poll

1. Kepada Visitors : Sila vote ye... Poll nya ada di sebelah kanan..

Wassalam...

Bilakah akan terima PTPTN?

1. Lama sudah rasanya tidak menerima pinjaman PTPTN semenjak telah pun berlalu pengajian Diploma yang terdahulu yang menampakkan bahawasanya lambat lagi duit di massukkan ke akaun.

2. Seperti biasa, sebelum nak meneruskan pinjaman, beberapa cetakan 'aggrements' beserta tandatangan perlu dilangsaikan.

3. Cuma masalah sekarang ini, seperti yang kita dengar, setelah berlangsungnya semakan dari Pihak Perbadanan itu sendiri maka duit akan mula dimassukkan ke dalam akaun 2minggu dari hari semakkan.

4. Sepatutnya semakkan untuk sesi kelompok ke dua dilaksanakan pada 7/8 Ogos 2009 tapi terpaksa tertangguh pada masa dan tarikh yang akan datang yang belum tahu bila.

5. Ini kerana penularan wabak h1n1 yang menyaksikan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, Politeknik, sekolah-sekolah terpaksa ditutup.

6. Namun apakah kewajaran penutupan institusi ini mampu membendung masalah ini ataupun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga? Sekiranya terdapat masalah di sesebuah institusi, pelajar yang disyakki hendak dikuarantin dan pelajar yang belum mengalami apa-apa simptom hendaklah tidak keluar dari tempat tersebut agar penyakit dari luar tidak dapat dipindahkan ke dalam institusi tersebut.

7. Jadi apakah tindakan Universiti yang mengosongkan Universiti menerusi Kementerian Kesihatan ini akan memberi impak yang positif? Jadi, masing-masing punya pendapat sendiri tetapi bagi saya, tindakan ini agak kurang berkesan.

8. Malah, saya bukanlah pelajar dari kalangan yang mempunyai latar belakang pendidikan kesihatan tetapi secara rasionalnya, hal ini bukanlah dapat diselesaikan dengan kita lari dari masalah tetapi kita cuba solve masalah dengan menekankan aspek-aspek keselamatan kepada pelajar.

9. PTPTN? Entahkan bila.....

Sabtu, Ogos 08, 2009

CAHAYA MUKA RASULULLAH S.A.W.


Telah diriwayatkan oleh Siti Aishah ra. Bahawa dia telah berkata: “Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum drp tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam. Lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajah baginda.

Lalu aku berkata, “Wahai Rasulullah! Alangkah bercahayanya wajahmu!” Seterusnya aku bertanya, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?” Jawab baginda: “Orang yang bakhil.” Aku bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil itu?” Jawab baginda: “Orang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.” >> selawat : صلى الله عليه وسلم <<

Berkata al-Barra’ r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Segala doa itu terdinding(terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga baginda.”

Wallahua’lam.

10 AMALAN YANG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.

Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, MasyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariKu walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

Untukmu Wanita


(Terbit di dalam suara kampus gabungan edisi mac 2006)

Oleh Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee

Satu ketika dahulu
Pernah Adam menatap sepi
Meratap sepi seorang diri
Lalu
Kepada Allah dipintanya teman
Buat mengubati kekosongan hati
Lalu diambil rusuk yang kiri
Dicanai menjadi sari
Buat menemani nubari yang sepi

Suatu ketika dahulu
Pernah wanita dibenci
Ditanam tiada berperi
Umpama musuh terus dibenci

Tetapi kini
Wanita disanjung mulia dipelihara
Menjadi permaisuri seorang raja
Ratu di dalam jiwa

Dirimu dibangga tetap ulung selamanya
Terus tegar membantu
walau ketua tiada
Memelihara amanah tanpa bicara

Wanita
Dirimu panah berbisa
Panahan si syaitan durjana
Keranamu si peria menjadi gila
Keranamu Adam terlupa
pesan Tuhan buat dirinya
hingga tercampak ke alam dunia
Umpanmu mengikis keimanan
Hancur bagi yang tidak berpedoman

Wanita
Dirimu bak taman larangan
Harus dihindar dari sang kumbang
Jagalah madumu
Kelak dihisap rakus tanpa bersisa
Sepah dibuang jadi melata
Merana jiwa penuh dosa
Wanita
Tinggi nilai dirimu
bukan untuk dijual beli
Usah diberi pada yang tak sudi
Hadirkanlah buat yang sudi membeli
Agar cinta terikat rapi
Mengharumi syurga duniawi

Wanita
Ikhlaskan dirimu menjadi ratu
Agar bahagia melingkari hidupmu
Hingga ke akhir hayat pasti bersatu
Antara isteri jua suami
Syurga juga tempat abadi

WARKAH TERAKHIR BUAT ISTERIKU



Oleh Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee @ lobam_shibin
Cerpen ini pernah tersiar di Legend Comic 2004
Bakal tersiar di antologi Cinta dan Rona Kinanah 2006

MENEMUI kekasih hati Abang Nur Asma’
Abang masih ingat lagi satu kejadian yang membuka lembaran baru dalam hidup abang.
Di taman KLCC pada suatu petang yang hening, tatkala burung berterbangan riang, seusai abang menunaikan solat Asar. Sewaktu Abang ingin melangkah keluar daripada masjid, Abang telah bertembung bahu dengan seorang gadis yang dalam keadaan tergesa-gesa. Pada pengamatan Abang gadis itu berperwatakan liar dan hidup dalam suasana bebas tidak terkawal kerana pabila terlanggar bahu dengannya, Abang pula dikatakan buta. Tidak langsung menunjukkan adab dan sopan adat ketimuran seorang wanita Melayu. Tanpa disedari sewaktu berlakunya pertembungan yang tidak diduga itu telefon genggam gadis itu terjatuh.
Selepas bertemu di suatu tempat yang telah dijanjikan, gadis itu mendapat semula telefonnya yang tercicir. Abang dan gadis itu bertukar-tukar nombor telefon. Bermula dengan sms terima kasih lalu membawa kepada satu hubungan yang sukar untuk dihuraikan. Hubungan yang mungkin lebih daripada seorang sahabat.
Tetapi, masakan Abang dapat menerima gadis tersebut sebagai bidadari hidup Abang. Abang Azhari. Tidak mungkin seorang Azhari boleh berkahwin dengan wanita yang sebegitu. Apa kata orang kampung nanti. Tercalarlah kredibiliti Abang sebagai seorang yang faqih agama, berkahwin dengan wanita yang tidak sekufu. Astaghfirullahhalazim… Ya Allah ampunilah hamba-Mu ini. Sepatutnya wanita sebegitulah harus Abang jadikan isteri agar mudah untuk Abang didiknya nanti. Pada waktu itu Abang ego. Ego pada diri. Bangga sebagai seorang Azhari.
Abang bertekad. Mungkin susah tetapi semuanya pasti dengan pertolongan Allah. Abang ingat lagi sewaktu Abang menyuruh gadis itu menukar cara pemakaiannya daripada jeans ketat dan t-shirt tidak berlengan kepada baju kurung yang lebih menonjolkan budaya ketimuran dan keayuan wanita Melayu, wanita tersebut berkeras. Budaya itu budaya kampung, tidak up to date, masakan perempuan kota ingin berpakaian seperti wanita desa, apa pula kata-kata rakan nanti jawabnya sombong.
Tetapi Abang tegurnya secara berhemah. Dengan lembut tutur kata Abang berkata padanya bahawa menutup aurat bukanlah satu budaya, tetapi ia adalah tuntutan Agama. Islam tidak melarang umatnya untuk bergaya tetapi mesti kena dengan batasnya. Abang terangkan padanya tentang cara-cara pemakaian tudung yang dianjurkan oleh Islam dan hikmah menutup aurat. Abang bacakan padanya ayat 31 surah An-Nur. Pada mulanya, nampak berat untuk gadis itu menerima teguran yang diberikan, tetapi atas dasar agama itu nasihat Abang tidak berputus asa. Alhamdulillah, walaupun berat, gadis itu masih tetap ingin cuba untuk berubah. Kini tiada lagi jeans dan t-shirt tetapi yang menyaluti tubuh mongel gadis tersebut hanyalah baju kurung. Tetapi tidak manis baju kurung tidak dipadankan dengan tudung kepala. Tidak sesuai baju kurung itu hanya dipadankan dengan rambut yang menggerbang. Kali pertama gadis itu menutup rambutnya yang panjang mengurai itu dengan jilbab labuh yang Abang hadiahkan kepadanya, memang nampak begitu janggal dan rasa ketidak selesaan itu mula menyapa. Tapi ia lebih selesa setelah sudah terbiasa.
Kini lengkaplah sudah pakaian yang berciri Islam yang sentiasa membungkus tubuh gadis itu. Kadangkala digayakan pula dengan jubah yang sungguh indah. Syukur, semuanya atas pertolongan Allah.
Sayang,
Bagi Abang tidak cukup rasanya pakaian sahaja yang baik, tetapi tidak pada kelakuan akhlaknya. Pakaian yang baik tidak menggambarkan pekerti akhlak si pemakai. Gadis itu Abang ajar dengan akhlak seindah Sayyidah Fatimah. Abang bersyukur kerana gadis itu sendiri yang ingin berubah, tanpa perlu dipaksa. Abang hanya mendorong sahaja. Kehidupan yang bebas, terkinja-kinja menari di kelab malam, t-shirt dan jeans, hilai tawa yang bersiponggang yang dahulu menjadi pujaan dan raja di hati semuanya telah ditinggalkan, solat lima waktu yang pada suatu ketika dahulu dibiarkan sepi kini menjadi rutin harian. Mengaji dan puasa sunat juga tidak pernah ditinggalkan.
Sayang,
Pastinya jawapan siapakah gadis itu sudah terjawab. Tidak lain tidak bukan itulah Nur Asma’ Hji Bakri yang kini menjadi permaisuri di hati dan bakal bidadari Abang di Syurga yang abadi. Insya-Allah. Sayang, tanpa disedari sudah empat tahun kita mendirikan mahligai bahagia. Abang bersyukur kerana dikurniakan penawar di mata penyejuk di hati semuliamu Asma’. Abang juga bersyukur kerana selama empat tahun kita melayari bahtera tiada satu pun ribut badai yang melanda. Abang gembira kerana dikurnia anak kapal yang setia sepertimu dan diserikan pula dengan qurratul a’yun kita yakni Humairah, Insyirah dan Wajdi. Abang sentiasa mengharapkan agar penyambung zuriat kita dan pewaris harta kita mewarisi akhlak semulia Sayyidah Fatimah dan lelaki sehebat Saidina Ali. Itulah harapan Abang. Doa abang agar merekalah yang akan menjadi tonggak dalam membangunkan semula Islam yang kian luntur dalam jiwa Umat Islam kini. Merekalah harapan abang, harapan Sayang, harapan bangsa dan harapan semua.
Tetapi sayang, abang tidak dapat melihat mereka membesar di hadapan mata abang. Tidak dapat Abang didik dengan tangan Abang dengan sempurna., tidak dapat Abang curahkan dengan kasih sayang Abang dengan secukupnya. Mungkin takdir telah mencatatkan yang Abang tidak mampu melihat Islam gemilang hasil pengembelingan tenaga daripada mereka.
Sayangku Nur Asma’,
Kau didiklah putera dan puteri kita dengan akhlak semulia Rasulullah, kerana Rasulullah pernah bersabda mafhumnya : Terputus amalan seseorang itu setelah dia mati kecuali dengan tiga perkara.
Ketahuilah olehmu sayang, antara tiga perkara yang disebutkan itu ialah doa daripada anak-anak yang soleh. Sayang, hanya itulah yang akan kita dambakan setelah kita menemui Rabbul Jalil kelak. Doa anak yang soleh itulah yang akan menyelamatkan kita. Abang pasti, Abang tidak akan sempat untuk menjadikan mereka anak yang soleh. Abang yakin di atas pundak Sayanglah Abang hamparkan segala harapan dan impian kita. Segala-gala impian yang pernah kita impikan dahulu. Abang minta maaf kerana terpaksa membiarkan Sayang mengemudi bahtera ini seorang diri. Sesungguhnya itu bukanlah kehendak Abang. Carilah nakhoda baru jika diperlukan. Pastikan anak-anak kita tidak mati kelemasan disebabkan bahtera yang karam.
Sayang,
Pastinya Sayang tertanya-tanya mengapa Abang berkata sedemikian. Berat untuk abang katakan, bak kata pepatah diluah mati emak ditelan mati bapa. Tetapi inilah yang harus kita telan. Ketahuilah olehmu, Abang menghidap barah paru-paru yang krtikal. Sudah lama Abang menanggung penyakit ini tetapi Abang tidak sanggup untuk memberitahumu kerana risau ianya akan mengganggu hidupmu. Abang hanya dapat meneruskan kehidupan ini untuk beberapa bulan sahaja lagi. Kemudian kita akan berpisah. Berpisah buat selama-lamanya.
Ya Allah. Betapa sedihnya hatiku, setelah Kau kurniakan aku keluarga yang bahagia, isteri yang telah aku corakkan dengan acuan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Mu dan setelah kau kurniakan aku qurratul a’yun penyejuk mata, kini Kau akan mengambil aku daripada mereka. Ya Allah. Aku sabar dan aku tabah. Kerana untuk menemui-Mu itulah yang kudambakan. Tetapi aku terkilan, kerana aku tidak akan dapat bersama mereka yang amat aku cintai lagi. Akanku pastikan, mereka akan menerima sepenuh perhatian daripadaku hanya untuk beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku menemui-Mu kelak. Aku pasrah dengan takdir-Mu Ya Allah.
Cintaku Nur Asma’
Abang harap kau dapat menerima takdir ini sepertimana Abang dapat menerima perpisahan yang bakal berlaku. Semoga cinta yang telah lahir ini akan membawa kita ke Syurga. Syurga yang abadi buat selamanya.

Yang mengasihimu
Abang..

Memahami Hikmah Di Balik Kemiskinan




Miskin merupakan suatu fenomena hidup yang universal
bahwa kemiskinan adalah satu masalah yang bisa
menimpa kehidupan siapa saja di antara anak
manusia. Kemiskinan sering dihubungkan dengan
keadaan kurang materi seperti sandang dan
pangan. Namun sebenarnya tidak hanya terbatas
pada materi saja, tetapi juga pada aspek moralitas
yang perlu menjadi pertimbangan timbulnya
kemiskinan itu tadi.

Imam Ghazali dalam kitab Tanqihul Qoul
mengatakan, bahwa kemiskinan ialah hilangnya
sesuatu yang dibutuhkan. Adapun hilangnya
sesuatu yang tidak dibutuhkan, maka itu tidaklah
dinamakan kemiskinan.

Nabi SAW bersabda: "Kemiskinan itu buruk pada
sekalian manusia dan bagus disisi Allah pada hari
kiamat ". Kemiskinan mendapatkan tempat yang
istimewa di sisi Allah, sehingga Rasulullah SAW
selalu mengajurkan kepada umatnya agar
berlindung dari kefakiran. Seperti yang beliau
ucapkan "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung
kepada-Mu dari kekufuran dan kemiskinan, dan
aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, tidak
ada Ilah yang hak disembah selain Engkau ".

Di balik ujian atas kemiskinan itu ternyata
sangatlah besar pahalanya. Karena Rasulullah
SAW membagi adab seorang miskin itu ada dua
hal: Pertama, berlindung kepada Allah Ta'ala dan
memohon kepada-Nya agar diberi kecukupan dan
penjagaan kehormatan. Kedua, rela menerima
ketetapan Allah SWT apabila kita tertimpa
kemiskinan atau kekurangan harta. Selalu sabar
dan rela dengan takdir Allah. Karena kemiskinan
ini hanyalah sebagai ujian dari Allah. "Dan
sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan " (QS. 2 : 155-156).

Ingatlah bahwa semua orang di muka bumi ini
sedang diuji, orang miskin dengan kemiskinannya
dan orang kaya dengan kekayaannya. Maka,
tidaklah pantas kalau kita bersedih kala kita
mendapat ujian dalam kemiskinan, hadapilah
dengan berlindung kepada Allah dan bersabar
atasnya.

Kemiskinan itu juga bisa disebabkan oleh
manusianya sendiri, seperti : Lemah dan malas
dalam berusaha, hal ini dapat kita jumpai dalam
kehidupan sehari-hari seperti seseorang yang
hanya mengandalkan pemberian orang lain dan
tidak bekerja dalam mencari rejeki. Allah
berfirman : "Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia berada dalam susah
payah. " (QS. 90:4). Susah payah mengharuskan
seseorang untuk bekerja keras dan berjuang untuk
memperoleh rejeki dan keberkahan.

Kemiskinan juga merupakan bagian dari musibah
yang terkadang disebabkan oleh perbuatan
maksiat atau dosa yang bisa menghalangi
keberkahan, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya
seseorang hamba terhalang dari rezeki dengan
sebab dosa yang dia kerjakan " (HR. Ahmad dan
Ibnu Majah). Sehingga terhalangnya seseorang
dari rezeki mungkin dengan lenyapnya rezeki atau
berkurang jumlahnya, atau tidak memberi manfaat.

Sebenarnya semua ujian ini tidak lain adalah untuk
menguji kadar keimanan dan mengajarkan adab
kesabaraan berupa istirja' (mengembalikan urusan
kepada Allah SWT dengan mengucap Inna lillahi
wa inna ilaihi raaji'un). Sabda
Nabi: "Sesungguhnya jika seseorang hamba telah
ditulis baginya satu kedudukan yang tidak mampu
dia capai dengan amalnya, maka Allah mengujinya
di dalam harta atau badan atau anaknya. " (HR.
Abu Dawud)

Dalam kalam Habib Muhammad bin Hadi Assegaf
diceritakan bahwa ada seseorang yang bermimpi
melihat Malik bin Dinar berlomba dengan
Muhammad bin Wasi' menuju surga. Ia
menyaksikan bahwa Muhammad bin Wasi'
akhirnya dapat mendahului Malik bin Dinar. Orang
itu kemudian bertanya mengapa demikian
kejadiannya, karena menurut perkiraannya Malik
bin Dinar bakal menang. Kaum shalihin menjawab
bahwa ketika meninggal dunia Muhammad bin
Wasi' hanya meninggalkan sepotong pakaian,
sedang Malik meninggalkan dua potong pakaian.
Sebuah renungan bahwa kita dianjurkan untuk
hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-
lebihan.

Adab membaca Al-Quran


MEMANG SAYA RASA SAUDARA/I DAH SEDIA MAKLUM TTG PERKARA NIH...TETAPI KITA NI MANUSIA..APA LAH SANGAT DENGAN DAYA INGATAN DAN KEPRIHATINAN KITA NIH...JADI...

Dalam kesempatan kali ini, saya akan berkongsi bersama anda semua tentang suatu perkara yang saya perhatikan semakin dilupakan dan diabaikan oleh kebanyakan para pembaca al-Quran, baik yang baru nak belajar mahupun yang bergelar pengajar. Walaupun ianya tidaklah berkaitan dari segi pembelajaran ilmu tajwid, namun pengaruhnya dalam keberkesanan dan keberkatan ketika belajar al-Quran sangat besar. Perkara tersebut ialah adab ketika kita membaca al-Quran.

Islam ialah agama yang sangat mementingkan adab yang baik ketika melakukan sesuatu. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan mengikut sebagaimana adab yang telah digariskan, ianya akan beroleh ganjaran di sisi Allah. Contohnya, apabila kita qada hajat pun mengikut adab sebagaimana yang ditunjukkan oleh Islam, maka perbuatan itu pun jadi berpahala. Maka, rugi sangatlah kalau kita membaca al-Quran yang sudah semestinya merupakan suatu ibadah, tetapi kita tinggalkan adab-adabnya.

Maka, pada tulisan kali ini saya akan berikan beberapa adab yang berkaitan dengan perilaku kita ketika membaca al-Quran. Ianya merangkumi adab ketika membaca al-Quran, adab membawa al-Quran dan adab menyimpan al-Quran.

Adab Membawa Al-Quran.

1) Membaca doa sebelum memulakan bacaan al-Quran.
2) Memulakan bacaan dengan membaca aýuzubillahi minasy syaithonirrojim.
3) Membaca al-Quran dengan menghadap qiblat.
4) Meletak al-Quran ditempat yang sesuai, seperti papan rehal.
5) Memakai pakaian yang suci, lengkap dan menutup aurat.
6) Membaca dengan tertib dan beradab.
7) Membaca dengan nada suara yang baik.
8) Menumpukan perhatian kepada bacaan dan menjauhkan daripada amalan-amalan seperti bercakap-cakap, ketawa dan bertepuk-tepuk tangan.
9) Mengakhiri bacaan dengan sodaqollahulýazhim.

Adab Membawa Al-Quran

1) Hendaklah mempunyai wuduk.
2) Memegang al-Quran dengan tangan kanan.
3) Membawa separas bahu.

Adab Menyimpan Al-Quran

1) Simpan al-Quran di tempat yang tinggi
2) Simpan al-Quran di tempat yang bersih.

Itulah dia pembaca sekelian antara adab-adab yang patut kita amalkan apabila kita hendak memulakan bacaan al-Quran. Selain itu, adab ketika membawa dan menyimpan al-Quran juga tidak sepatutnya kita remehkan kerana ianya juga akan memberikan kesan dalam usaha kita mempelajari al-Quran, khususnya ilmu tajwid. Semoga dapat beramal.

DOA SELAMAT DAN MOHON PERLINDUNGAN

DOA SELAMAT DARI BALA DAN KEHINAAN

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُبِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ جَÙ‡ْدِ الْـبَلاءِ، ÙˆَدَرَÙƒِ الشَّÙ‚َاءِ، Ùˆَ سُوءِ الْÙ‚َضَاءِ، ÙˆَØ´َÙ…َاتَـةِ الأَعْدَاءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).

DOA BERLINDUNG DARIPADA PENYAKIT MERBAHAYA

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ أعُوذُبِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ البَرَصِ، ÙˆَالجُÙ†ُونِ، ÙˆَالجُØ°َامِ، ÙˆَÙ…ِÙ†ْ سَÙŠِّØ¡ِ الأَسْÙ‚َامِ


Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit sopak, gila, kusta dan keburukan berbagai penyakit yang lainnya.

Lagi-lagi Berita Terkini UMP


Pendaftaran kemasukkan ke UMP setelah cuti boleh ditangguhkan..

Khamis, Ogos 06, 2009

Wanita Sejati


"Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.

Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung". Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. "

Taubat Seorang Wanita Buta


Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:

"Wahai Tuhan, Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?"

"Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu.

"Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91)

"Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"

Perempuan itu menjawab: "Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut. Aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."

25 Pesan Luqmanul Hakim


Assalamualaikum wbt...

Hayatilah pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sekian, Wassalam.