Sabtu, Ogos 08, 2009

Adab membaca Al-Quran


MEMANG SAYA RASA SAUDARA/I DAH SEDIA MAKLUM TTG PERKARA NIH...TETAPI KITA NI MANUSIA..APA LAH SANGAT DENGAN DAYA INGATAN DAN KEPRIHATINAN KITA NIH...JADI...

Dalam kesempatan kali ini, saya akan berkongsi bersama anda semua tentang suatu perkara yang saya perhatikan semakin dilupakan dan diabaikan oleh kebanyakan para pembaca al-Quran, baik yang baru nak belajar mahupun yang bergelar pengajar. Walaupun ianya tidaklah berkaitan dari segi pembelajaran ilmu tajwid, namun pengaruhnya dalam keberkesanan dan keberkatan ketika belajar al-Quran sangat besar. Perkara tersebut ialah adab ketika kita membaca al-Quran.

Islam ialah agama yang sangat mementingkan adab yang baik ketika melakukan sesuatu. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan mengikut sebagaimana adab yang telah digariskan, ianya akan beroleh ganjaran di sisi Allah. Contohnya, apabila kita qada hajat pun mengikut adab sebagaimana yang ditunjukkan oleh Islam, maka perbuatan itu pun jadi berpahala. Maka, rugi sangatlah kalau kita membaca al-Quran yang sudah semestinya merupakan suatu ibadah, tetapi kita tinggalkan adab-adabnya.

Maka, pada tulisan kali ini saya akan berikan beberapa adab yang berkaitan dengan perilaku kita ketika membaca al-Quran. Ianya merangkumi adab ketika membaca al-Quran, adab membawa al-Quran dan adab menyimpan al-Quran.

Adab Membawa Al-Quran.

1) Membaca doa sebelum memulakan bacaan al-Quran.
2) Memulakan bacaan dengan membaca aýuzubillahi minasy syaithonirrojim.
3) Membaca al-Quran dengan menghadap qiblat.
4) Meletak al-Quran ditempat yang sesuai, seperti papan rehal.
5) Memakai pakaian yang suci, lengkap dan menutup aurat.
6) Membaca dengan tertib dan beradab.
7) Membaca dengan nada suara yang baik.
8) Menumpukan perhatian kepada bacaan dan menjauhkan daripada amalan-amalan seperti bercakap-cakap, ketawa dan bertepuk-tepuk tangan.
9) Mengakhiri bacaan dengan sodaqollahulýazhim.

Adab Membawa Al-Quran

1) Hendaklah mempunyai wuduk.
2) Memegang al-Quran dengan tangan kanan.
3) Membawa separas bahu.

Adab Menyimpan Al-Quran

1) Simpan al-Quran di tempat yang tinggi
2) Simpan al-Quran di tempat yang bersih.

Itulah dia pembaca sekelian antara adab-adab yang patut kita amalkan apabila kita hendak memulakan bacaan al-Quran. Selain itu, adab ketika membawa dan menyimpan al-Quran juga tidak sepatutnya kita remehkan kerana ianya juga akan memberikan kesan dalam usaha kita mempelajari al-Quran, khususnya ilmu tajwid. Semoga dapat beramal.

Tiada ulasan: