Ahad, Ogos 09, 2009

Kenapa saya ber-Blog?

1. Sebelum saya berceloteh panjang mengenai Blog, saya telah lama berkecimpung dalam dunia teknologi maklumat pada tahun 90-an di mana pada waktu itu blog belum pun wujud. Yg wujud pada waktu itu ialah Geocities, Lycos dan lain-lain yang merupakan medan untuk saya belajar cara-cara online menggunakan internet.

2. Blog bagi saya umpama catatan seharian kita yang pada kita, perkara yang bermain di fikiran kita yang hendak kita luahkan tak kira samada ianya merangkumi aspek yang meluas atau tidak.

3. Tidak keterlaluan kiranya saya katakan bahawa blog telah menjadi trend masa kini yang menyaksikan golongan-golongan muda mula untuk mendapatkan pengaruh menerusi laman blognya itu.

4. Malah dengan blog, para pelawat dapat mengetahui pendapat-pendapat yang ingin diutarakan oleh penulis.

5. Saya pula merupakan seorang yang suka membaca maka banyaklah yang ingin saya luahkan dan tafsir mengikut kefahaman saya sendiri.

6. Malah dengan meluahkan segala yang terbuku di hati dapat juga memuaskan hati yang lara, dan seterusnya mengasah minda kita supaya lebih kreatif berkarya.

7. Blog juga merupakan karya peribadi yang tidak memerlukan hakcipta. Bagi saya, apa jua terlintas di hati sekiranya tidak diluahkan dengan segera, ianya akan hilang kerana manusia ada sifat pelupanya.

8. Saya suka menulis. Saya suka berkarya. Saya suka meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya, rasa gembira saya dan rasa yang lain-lain.

9. Biarlah blog ini menjadi kenangan, sejarah pada suatu masa akan datang dan seterusnya menjadi rujukan kepada generasi yang akan datang.



Wassalam... 9/8/2009

Tiada ulasan: