Selasa, Ogos 25, 2009

Lima 'checklist' Aidilfitri untuk lelaki

Pengacara program Nona TV3, Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan berkongsi lima tip jejaka menyambut lebaran.

1. Pastikan kelengkapan Aidilfitri siap sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari raya. Jangan tunggu hingga hari-hari terakhir Ramadan baru hendak membeli-belah atau membuat persiapan. Kelam-kabut jawabnya nanti...

2. Sediakan wang mencukupi. Jangan pula fikir sebelum Aidilfitri saja perlu gunakan banyak wang. Sepanjang hari raya juga banyak perbelanjaan perlu disediakan.

Antaranya jamuan makan, duit raya untuk kanak-kanak dan peruntukan kos pengangkutan untuk kunjung-mengunjung di lebaran.

3. Apabila menjelang hari raya malah pada pagi Aidilfitri, orang lelaki kenalah rajin-rajinkan diri masuk ke dapur membantu ibu ataupun isteri menyiapkan kuih raya dan memasak juadah enak.

4. Rancang perjalanan. Sepanjang cuti hari raya raya, rancanglah dengan teliti rumah yang hendak dikunjungi pada hari raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Dengan merancang, sekurang-kurangnya kita tidak terlupa insan penting yang perlu diziarahi.

5. Jangan lupa servis kenderaan! Ini penting supaya perjalanan ke kampung lancar. Bimbang nanti, terganggu pula mood balik kampung kalau kenderaan tiba-tiba meragam di tengah jalan.

Tiada ulasan: