Salam..
Kali ini terdetik pada hati saya untuk menulis mengenai perkara yang dinamakan sebagai International Student. Hal ini kerana Universiti Malaysia Pahang pada waktu ianya masih bergelar Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) dan sewaktu itu, saya antara golongan yang cuba mempromosikan KUKTEM di mata masyarakat sewaktu saya belajar Diploma, tiada pelajar Antarabangsa yang menetap dan belajar di KUKTEM dan UMP pada waktu itu.
Namun, setelah saya melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di UMP ini, munculnya batch atau masukkan pertama pelajar antarabangsa ini yakni pada tahun 2009 ambilan Julai.
Pada ketika itu, saya dapat lihat pelbagai perubahan dengan undang-undang am universiti dan banyak kelonggaran yang boleh dilihat. Umpamanya pakaian untuk ke kuliah, had rambut untuk pelajar lelaki dan kehadiran ke kuliah pun dilihat mengalami transformasi.
Saya tidak terkecuali untuk menerima beberapa rakan yang berasal dari negara lain yang belajar bersama dalam kelas. Namun, mungkin kita akan merasakan beberapa kekurangan muncul.
Kekurangan itu adalah seperti saya menjadi kurang faham dengan Bahasa Inggeris mereka kerana slang Inggeris mereka yang mengikut kepada mother tongue mereka. Ianya kadangkala menyusahkan untuk saya berkomunikasi walaupun saya tidak ada masalah dengan penguasaan Inggeris saya.
Kemudiannya, terdapat pelbagai ragam dan masalah di dalam kuliah dan kadangkala saya merasakan mereka mendapat hak istimewa dalam kelas. Dek kerana 2-3 orang pelajar antarabangsa, medium pengajaran dalam kelas pun berubah terutama bahasa. Namun saya tidak kisah mengenai hal ini kerana sememangnya kita belajar menggunakan bahasa Inggeris namun kadangkala melambatkan proses untuk menghabiskan pengajaran kerana mereka sendiri kurang pengetahuan dan penguasaan bahasa Inggeris.
Selain itu, saya dapat merasakan sebilangan kawan-kawan saya yang kalau diberi assignment, mereka akan cuba mengelak diri dari mengambil pelajar antarabangsa untuk menjadi sebahagian dari ahli kumpulan mereka.
Kemudiannya, saya dapat lihat yang pelajar antarabangsa ini membuat kuliah seolah-olah transit atau hotel kerana mereka akan datang ke kelas mengikut suka hati mereka. Tambahan, terdapat kawan saya, pelajar antarabangsa, cuti selama 3 bulan dan datang ke kuliah setelah setengah semester berjalan. Maksudnya, test 1, assignments dan kuiz, dia sudah tertinggal. Bagi saya, ianya agak menjengkelkan. Bagi saya, ianya hanya akan menyusahkan pensyarah dan diri sendiri kerana telah tertinggal pelajaran setelah sekian lama.
Sekian sahaja.
p/s: Di lain hari akan saya ceritakan kebaikkan Pelajar Antarabangsa ini..
Universiti Malaysia Pahang
14 November 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan