Selasa, November 23, 2010

Pandangan: P. Ramlee



Assalamualaikum..

Post kali ini adalah pandangan saya terhadap insan yang bernama P Ramlee. Hal ini disebabkan oleh pengaruh beliau selama beberapa hari saya bercuti sebentar untuk merayakan Aidiladha, saya terdengar lagu-lagu beliau di majlis konvokesyen tadika adik saya dan seterusnya kenduri kahwin yang turut mendendangkan lagu-lagu P Ramlee ini.

Disebabkan oleh itu, ingin saya sampaikan beberapa pandangan saya terhadap P Ramlee menurut beberapa sumber seperti Biografi beliau yang dibuat oleh kalu tak silap saya, Hallmark Channel atau History Channel dan ianya memberi beberapa impak kepada diri saya.

Bila kita sebut sahaja nama P Ramlee, sesiapa sahaja di Malaysia ini tentu kenal kerana filem-filemnya yang sentiasa berada di sanubari walaupun diulang beberapa kali pun. Saya membesar dalam kalangan filem-filem beliau dipertontonkan di kaca televisyen dan lagu-lagu beliau juga turut popular dan beliau mempertaruhkan realiti masyarakat pada waktu itu sebagai tontonan sejarah kepada kita.

Mungkin ramai tak mengetahui yang beliau ini adalah berasal dari Pulau Pinang. Beliau juga pernah sekelas dengan datuk saya di Penang Free School dan beliau ini sangat aktif bersukan.

Bukan saya hendak menjadi taksub kepada beliau tetapi ini hanyalah pandangan yang kiranya kita lihat kesusahan untuk hidup akan memberi manusia untuk membuat banyak perkara yang kreatif untuk memenuhi keperluan untuk hidup. Beliau tidak pernah belajar di mana-mana universiti mengenai seni lakonan atau seni suara namun begitu mampu untuk memberi impak kepada negara walaupun ketiadaan beliau.




Cumanya saya berfikir, adakah filem-filem beliau akan terus relevan hinga bila-bila walaupun 10tahun akan datang? Saya juga berfikir yang masih adakah pengarah filem yang boleh menjadi serba boleh maksud saya, menulis lirik, menyanyi lagu, bermain alat musik, berlakon, mengarah & menerbit kerana terdapat lagu-lagu beliau dengan berbagai corak atau genre. Sehinggakan beliau juga turut menulis lagu berunsur ketuhanan atau nasyid dan boleh menjadi ingatan sampai sekarang.

Ada juga mereka yang mengatakan beliau menyanyi seolah-olah mengikut cara mengaji dengan tarannum. Wallahua'lam. Cumanya apabila saya melihat biografi dokumentari beliau, saya merasakan bahawa beliau memang susah sewaktu sebelum kematiannya sahinggakan tiada punca untuk beliau mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan menumpukan periuk nasi dari titik peluh ister beliau, Saloma. Kita juga boleh lihat bagaimanakah nasib anakanak beliau yang dikatakan kasihan jika nak dibandingkan dengan anak orang yang bergelar insan seni sekarang.

Wallahua'alam.. Ada perkara yang saya tidak suka pada P Ramlee dan ada yang saya suka. Jadi, biarlah yang keruh itu kita jangan jadikan ikutan tapi ambillah yang jernih.

p/s: banyak lagu P Ramlee kat kenduri kahwin..


Dengar lagu ni, klik pada link di bawah ini.

Tiada ulasan: