Isnin, November 30, 2009

Sajak: Doa Seorang Hamba

Ya Allah...
aku tidak buta untuk melihat
Penderitaan ibuku
Ku sedar betapa sepi hatinya
Tanpa belaian seorang lelaki
Bergelar suami
Salahkah dia?
Sedang Kau hadirkan perasaan memerlukan
Antara Adam dan Hawa

aku tidak tuli untuk mendengar
Rintihan hati adik-adikku
Ku tahu dambaan mereka
Terhadap kesempurnaan sebuah keluarga
Salahkah mereka?
Sedang Kau hadirkan perasaan memerlukan
Antara insan yang terikat dengan pertalian darah

Namun ku yakin
Setiap inci dugaanMu
Menggambarkan kasih sayangMu
Kepada hamba-hambaMu yang hina ini

Dan seharusnya ku bersyukur
Kerana ku tahu
CintaMu Ya Illahi
Tidakkan pernah sirna

Izinkan kami meneguk bahagia
Dari telaga kasihMu Ya Allah
Izinkan kami merasai sinaran
Dari syurgaMu Ya Rahim

Inilah doa seorang hamba
Yang akur akan segala yang di takdir untuknya...
Ampunkan dosa-dosaku, Ya Allah
Ampunkan dosa-dosa keluargaku, Ya Rahman
Amin...

Tiada ulasan: