Ahad, Disember 20, 2009

Ayat kedua yang menyakitkan hati

Pertama OK, ayat kedua K.O.


Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, tanpa sedar atau tidak kita juga pernah berkata "ayat kedua" yang tidak perlu. Kata-kata yang hanya menghadirkan duka di jiwa, bukan penawar yang menyembuhkan luka. Walaupun perkataan yang keluar itu berunsur nasihat dan ingatan, namun jika terselit "ayat kedua" tadi ia tetap membekas di dalam hati umpama parut dari luka yang telah sembuh.



"Puan, kami dah terima surat permohonan (berhenti kerja) Puan. Sayang ye puan berhenti kerja pada zaman orang lain berebut-rebut mahu bekerja makan gaji," sinis bicara seorang pekerja di Kementerian Pelajaran.

"Aslina, Kenapa adik awak menangis tiba-tiba ni. Gila ke?" Kata seorang guru lelaki kepada adik kembar saya ketika kami masih berusia 8 tahun.

"Saya nasihatkan isteri awak dapatkan rehat secukupnya. tiap-tiap tahun beranak, awak tak sayang isteri ke?" ujar seorang doktor perempuan kepada sepasang suami isteri.



Yang Pertama dan Kedua

Dialog dan situasi di atas sekadar contoh yang mana mungkin dilakukan oleh kita ketika berkata-kata. Tiada manfaat daripada kata-kata seumpama itu, sekadar melambangkan hati yang masih perlu dirawat dan dicuci dengan bisikan zikrullah dab peringatan Ilahi.


Tulisan Norhaslina Jusin
Majalah solusi isu no 14

Tiada ulasan: