Selasa, September 01, 2009

Mengapa mesti mengharap?


1. Betapa diri ini telahpun leka hanyut dalam sesuatu yang belum pasti namun berusaha merealisasinya.

2. Kekangannya, masa yang perlu ditunggu menghabiskan keupayaan untuk menimba ilmu untuk pergi ke alam yang lain.

3. Terlalu banyak cabaran, halangan yang perlu ku tempuhi untuk meneruskan niat yang baik dan seringkali kesabaran teruji oleh ranjau onak kehidupan yang belum pasti.

4. "Innama a'malu bin niat" menjadikan diri ini perlu terus gagah menongkah segala kebobrokkan yang melanda dengan arus yang deras menerjah benak fikiran yang waras untuk mempastikan segalanya berjalan dengan lancar dan sekali lagi diujinya Kesabaran ini.

5. Wahai Tuhanku, Gagahkanlah aku menempuh segala dugaanMu terhadapku untuk menguatkan Imanku ini. Berilah kekuatan serta nikmat hidup yang mudah agar segala pekerjaanku menemui kelancaran. Kadangkala seringku putus asa lantaran terlalu banyak ku Bersabar kerana ku tidak ingin kebejatan akhlak melanda diriku. Namun seringkali aku berganjak dari posisi selesaku untuk menghadapi segala pertelingkahan dalaman diriku. Berikanku kebijaksanaan menghadapi segala-galanya, insyaAllah.. Ameen..

6. Rayuku hanya buat Tuhanku, Allah SWT. Syurga matlamat ku....




Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang
9.21pm, 1 Sept 2009
After Tarawikh in Mosque
Ramadhan month...

Tiada ulasan: