Selasa, April 13, 2010
JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja,
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup,
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu,
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya sela,i dia masih mengingati kamu..
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada,
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja,
Kerana apabila ia mulai RETAK,tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula,
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja.
Begitulah juga...
Jika kamu sedang memiliki seseorang… TERIMALAH dia seadanya,
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa.
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA danMEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja.
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu,
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT,
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain,
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN.
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi,
Kamu akan MENYESAL.
Begitulah juga...
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu,
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU,
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain,
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi.
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utamaKEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa sertaBERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”
Isnin, April 05, 2010
Pesanan Buat Mereka Yang Ingin Dan Telah Berumah Tangga
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Jumaat, April 02, 2010
Kita jarang mensyukuri apa yang kita ada
2) Gembira tak terkata apabila mendapat khabar kita diterima bekerja. Pelbagai azam dibuat, kata-kata kesyukuran tak lekang daripada bibir sepanjang masa.
3) Semakin lama bekerja, kita merasakan kerja itu tidak dapat menghadirkan kepuasan yang maksima. Bermacam-macam ketidakpuasan kita luahkan, segalanya berbau negatif tentang pekerjaan mahupun majikan juga persekitarannya. Pendek kata, kita tak selayaknya berada di situ, kita selayaknya berada di tempat yang lebih sesuai dan 'memahami' kita sepenuhnya.
4) Tetapi kita tak sedari betapa ada orang-orang 'di luar' daripada pekerjaan kita itu, cukup menghargai juga berasa betapa bagusnya pekerjaan kita itu. Mereka 'berharap' juga untuk 'memilikinya.'
5) Kita terlalu memandang sesuatu yang sedang dimiliki daripada sudut negatif, positifnya seolah 'kosong' sahaja. Persoalannya, kita ini cukup positif sangatkah untuk keadaan menjadi positif demi kita?
ANTARA DUA CINTA
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Lagu Ciptaan : Nazrey Johani
Lirik Nukilan: Pahrol Md. Juoi
Nyanyian Asal: The Zikr
Khamis, April 01, 2010
Pesanan Ummu Asma’
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dapat menjaga tatasusila,
Dalam masyarakat hidup ceria,
Pergi dan datang orang bercerita
Wahai anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dirimu selalu dalam pengawasan,
Amalan,
Tindakan,
Perjalanan lancar ketahuan,
Agak tercicir dan cacat amalan.
Wahai anakku,
Jadilah insan yang bertakwa,
Supaya jasad dan rohani,
Bersih sentiasa
agar terhindar noda dan dosa,
biar badai ribut melanda
jiwa mantap,
roh berkota
Wahai anakku,
Jadilah insan yang amanah
Sebab banyak ranjau duri dan onak mengancah,
Kuatkan hati tidak gundah,
Gelap mata dek habuan impian tersanggah
Wahai anakku,
Jadilah insan yang sabar,
Supaya rasa gelisah terus berputar,
Sifat gelojoh, rakus, haloba, mengumpul harta dan takhta,
Kerana ia punca merana,
Biar hidup serba sederhana,
Namun di kalbu tersemat segala
Mutiara budi,
Bersinar sentiasa,
Jadilah hidupmu mulia
Atau hatimu sebagai syahid.
Ahad, Mac 21, 2010
Akal jangan dibiarkan bersendirian
10 TANDA HATI KITA MATI
Sabtu, Mac 13, 2010
Panduan Mengurangkan Tekanan atau ‘Stress’

Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.
Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.
Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan.
Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?
Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress, yang saya dapat daripada Dr. Danial ini.
- 1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan.
Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.
Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”
Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.
Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”
Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.
- 2. Berzikir dan beribadah lah dengan khusyuk.
Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.
Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)
Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”
Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
- 3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.
Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.
Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).
Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.
- 4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.
Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)
Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.
Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.
- 5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.
Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)
Bagaimana dengan anda? Anda selalu menghadapi stress? Apakah yang biasanya anda akan lakukan untuk mengurangkan stress??



