Memaparkan catatan dengan label salam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salam. Papar semua catatan

Sabtu, September 12, 2009

Balik Kampung... Aidilfitri semakin Menjelma

1. Pertama sekali ingin saya memohon maaf kepada sahabat handai, rakan taulan, saudara saudari, keluarga-keluarga dan siapa-siapa yang mengenali diri ini sempena 10 malam terakhir Ramadhan.
2. Dalam usaha untuk mendapatkan Lailatul Qadr ini, banyak amalan dipertingkatkan dan memperbanyakkan usaha untuk muhasabah dan memperbaiki diri ini agar memudahkan diri ini menemui ketenangan yang dicari selama ini.

3. Bersyukur saya ke-Hadrat Illahi kerana masih diberi peluang pada Ramadhan kali ini untuk memperbanyakkan amalan soleh di samping mencari keRedhaan Allah.

4. Universiti Malaysia Pahang telah pun cuti bersempena Mid-Term dan juga Cuti Hari Raya walaupun Ramadhan masih belum habis terlaksana tuntutannya.

5. Checklist Raya saya pada kali ini : - Kuih Makmur
- Ikan Siakap 3 Rasa
- Bubur Chacha

6. Akhir sekali, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.



10.54pm 12/9/2009
UMP
KK2: E34-01

Sabtu, Ogos 22, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Di sini saya ingin mengucapkan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh unat Islam di dunia ini samada alam maya atau realiti ini.

"Ahlan wasahlan Ya Ramadhan, Bulan doa dimakbulkan, Penuh keberkatan"


Bersama-samalah kita meningkatkan amalan & ketaqwaan kita. Renungi dosa-dosa kita dan berusaha mengatasinya dengan bertaubat & pertingkatkan segala amalan yang menjurus kepada pahala-pahala & juga, isilah malam dengan bermanfaat.


Salam ikhlas,
Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang

6.04pg, 22 Ogos 2009, 1 Ramadhan