Selasa, November 03, 2009

Selingan kepada yang Faham...


Assalamualaikum.. Bertemu lagi dalam sesi kali ini. Walaupun saya amat jarang menulis, namun pada kali ini, saya diberi kesempatan untuk menulis dalam keadaan yang agak sibuk.



1. Pada kali ini, saya ingin memperjelaskan pendirian saya. Ianya termaktub dalam pernyataan di bawah ini;

“Mendengar hujah anda tidak membuat saya akur.
Melayan bicara anda, tidak membuat saya alpa.
Membeta kata-kata anda, tidak bermaksud kita tidak sehaluan”

2. Biar pun dalam dunia yang agak diulit dengan masalah, kita bersuara dalam bentuk ilmiah untuk memperdengarkan keluhan rasa kita dalam kita menuju kemajuan bukannya kemunduran. Namun, seringkali ramai yang salah tafsir atas teguran yang membina justeru mendabik dada dan terus menyalahkan dan tidak ambil teguran itu sebagai teguran yang positif.

3. Mengapa perlu kita ego dalam menggengam kemajuan? Adakah kita ini serba sempurna? Kita bukannya Nabi yang serba serbinya sempurna, maksum. Kita hanya lah insan biasa yang tidak pernah terlepas dari kesalahan dan dengan kesalahan yang dibuat, sekiranya diberi teguran yang baik, mampu memberikan kita jalan menuju kesempurnaan.

4. Namun, walau apa jua sekalipun, kita tidak sekali-kali dapat mencapai title maksum. Kita mestinya akan melakukan kesalahan meskipun kita berjaga-jaga hatta seorang itu bergelar Ustaz pun semestinya tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

5. Jadi, mengapa perlu kita ego? Biarlah kesalahan kita itu memberi pengajaran kepada kita.



Muhammad Danial Bin Ismail
Universiti Malaysia Pahang
3/10/2009, 2.53pm

Sabtu, Oktober 31, 2009

Sunnah tidur tengahari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah
satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada
waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya
produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk
menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang
menggalakkan tidur tengahari ini ialah dari. William A. Anthony, Ph.di. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological,
Behavioural and Medical Aspects of Napping.' dari. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah
bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu
jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.


Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang

Isnin, Oktober 12, 2009

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.


Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :
250)


Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang
10.00am, 12/10/2009

Menyusuri Diari Hidup Seorang Hamba

Sungguh, perjalanan ini terkadang mengelirukan. Tatkala bertanya hati kepada jasad, siapakah dirimu? Mulut yang rancak berbicara awalnya, diam seribu bahasa. Tubuh yang bebas kaku serta merta. Tiada lagi lagu riang, tiada puji tiada kutukan, tiada lagi gerakan riang. Yang ada...hanya sunyi dan kaku sebagai pengganti.

Lalu, datanglah si yakin menjawab, ’kitalah insan mulia khalifah di muka bumi’. Mulia kita di angkat melalui akal yang di jana fikiran, hati dan taat yang mewakilkan pengabdian kepada ILAHI.

Bertanya lagi si hati, ’Kau hanya tahu jasadmu (fizikalmu), beritahu aku tentang jiwa mu wahai insan yang mulia?’. Si yakin lalu terdiam, mulutnya tertutup rapat. Kaku tertunduk kepada hati.

Kemudian, datang pula si alim memberitahu, ‘Jiwamu adalah bahagian yang tidak bisa kaulihat, tetapi bisa kau ketahui dengan pengetahuanmu yang dalam. Kebenaran akan kewujudan mu ada di dalam jiwamu. Hal lainnya hanyalah pengabdi bagi jiwamu.’

Hati selalu tertafsir dengan nafsu yang bijak dan terkadang rakus, lantas ia berulang tanya,’Kalian benar tahu siapa diri mu, lalu beritahu ku dimana letaknya kebahagiaan sejati mu?’. Si alim tertunduk memandang lantai hati.

Akhirnya hadirnya si alim wal yakin dengan penuh hatinya menjawab,

“Wahai hati, benar selalu kita bicarakan ‘aku memahami diriku’, sedangkan kita tahu itu suatu yang salah. Dan tiada salahnya kamu mahu memahami kewujudanmu kerana dengan ‘Hanya dengan mengenal dirimu maka kamu akan mengenal TuhanMU’. Namun wahai hati, jangan kau rakus dalam memahami, kerana keseluruhan hidupmu sebenarnya adalah pelayaran mengenal erti/ fungsi diri. Engkau pengemudinya, jadi belajarlah untuk melayari nya dengan mutiara dirimu, ia ada di dalam mu. Mutiara itu kita bahasakannya dengan IMAN. Kemudilah dengan iman, ia menifestasi dari hakikat penghambaan pada ILAHI. Jangan biarkan diri (hati) mu mati dengan hanya mempersoalkan. Carilah dengan iman, lakukan dengan ibadah dan amal soleh mu. Kelak nanti, dengan izinNYA, akan kau temui kesejatian dalam dirimu atas nama yakin mu dengan hakikat penciptaan oleh ILAHI.’

Sungguh waktu itu hati tertunduk malu dengan iman si alim wal yakin. Fahamlah hati dalam memasuki kesejatian yang hakiki itu harus di iringi perbuatan zahir dan batin, agar kesedaran penciptaan enyatu, selebihnya akan terserah kepada diri sendiri memilih jalan yang mana buat menuju cintaNYA.

The entire universe was created for the sake of this secret within you, but this secret within you was created for Allah, and no one else besides…the proper way


Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang

Mencari yang belum pasti?

1. Saya sering berfikiran bahawa sesuatu yang sebenarnya bukan milik kita, sering kali payah untuk kita selami untuk kita cuba merasai sesuatu yang belum lagi menjadi hak kita.

2. Namun sering kali kita terlupa bahawasanya semuanya di dalam dunia ini bukan juga milik kita, Allah jua tuan empunya segala-galanya. Tapi kita sering kali silap dah salah faham tentang hal ini sambil kita terlupa kepada sesuatu Zat yang lebih agung daripada kita yang perolehi semua 'Maha' yang tidak boleh kita sangkal langsung.

3. Biarpun harta yang kita miliki itu adalah daripada hasil titik peluh kita tetapi sedikit portion darinya adalah untuk disedekahkan dan dizakatkan. Ini jelas, dalam Al-Quran mahupun Hadith telahpun menyatakan perkara ini. Mana mungkin kita boleh sangkal lagi.

4. Pembahagian harta juga sebegitu juga kerana hal ini telah pun termaktub dalam syariat Islam, mana mungkin kita mampu mengubahnya. Cuma yang menjadi masalah, terdapat segolongan yang mempunyai kemusykilan yang cuba untuk mengubah apa jua yang termaktub dalam Islam kerana mencari hak kesamarataan antara Lelaki & Wanita. Adakah ianya perlu? Perlukah seseorang yang tidak langsung mempunyai latar belakang pendidikan Islam, bukan seorang ahli ibadah, bukan seorang ahli hadith, menentang sesebuah syariat dalam sesebuah agama? Dia berdiri atas apa? Agama? Nafsu? Akal? Ilmu? Apa?

5. Cuma apa yang sering kita fikirkan betul itu, belum mampu dapat menjadi betul sekiranya terdapat tentangan atau larangan dalam Islam. Jikalau kita tidak 'arif dalam sesuatu hal itu, jangan kita sentuh hal itu seolah-olah kita tahu, faham. Munafiq namanya.

6. Apa yang kita cari? Renung-renungkan. Maaf andai ada yang tersalah. Betulkan ye..


Wassalam..



Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang
9.36am, 12/10/2009

Khamis, Oktober 01, 2009

Engineer in Making

1. First of all, it's been a while for me not making myself in the full commitment of the blog due to the busy in the making of the Engineer. As time goes by, there's a lot of the moment where need to be fully intend that really make the free time become less than before.

2. In the making of engineer, one should always bear in mind that they can really make themself prepare to accept the mentallity of an Engineer. This is all because of it's professionalism in the working field which make any engineering student should behave like the want they will become in future.

3. Lots of the theory & hands on should always be mastered as it will become as one of the great advantage to the student that will face the real engineering world and then gain all of the expirience and not forgotten, salary.

4. Due to all of this awareness, one should always seek for the new technology in the field of engineering as it will help to proceed in any problem in future. Engineering has always become a heavy profession as it cover the serious matter of the problem and the need of using their knowledge to solve any problem arise.

5. Therefore, student of engineering also need to enhance their communication skill so that in the future, they will not left behind in any new agenda and also they will have the difficulty to adapt in any situation.

6. It is a must to the student of engineering to enhance and also master their English Language as it will helps in their presentation and also people will see their prospect in using the English as their medium of communication and conversation.

7. I'm in halfway becoming one of the engineer which need to prepare myself in any situation arise in future and always keep in mind to make sure that i can improve anything from image, attire, style of communication, professionalism and the list goes on and on...

Insya Allah...


Wassalam..

Muhammad Danial Ismail
Universiti Malaysia Pahang
Civil Engineering & Environmental

Rabu, September 16, 2009

Bagaimana Untuk Mengubat Luka Hati

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang
memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang
membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar
menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa
sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.