Selasa, April 26, 2011

Study Mode to Final Exam Mode

Assalamualaikum and good day to everybody.. This post is been generate by my C6-00 NOKIA handphone.. Just want to wish Good Luck on exam.. tq...

Isnin, April 18, 2011

Mengenang Diri


Assalamualaikum..

Dalam post kali ini, saya ingin mempersembahkan beberapa pemikiran yang sering berlegar-legar di dalam minda yang perlu dicerna dengan secara berhikmah. Walau dalam kesibukkan yang dilalui hari demi hari apabila bergelar Pelajar Universiti, saya kadang-kadang terpanggil untuk memberi beberapa coretan pandangan tentang beberapa isu yang kadangkala menjengah saya.

Apabila saya meneliti laman Facebook saya yang di dalamnya terdapat beberapa kumpulan rakan lama yang senantiasa update status mereka di alam maya, sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui perkembangan mereka. Ada di antara mereka yang sudah bekerja di dalam pelbagai bidang. Ada yang menjadi guru, pensyarah, technician, bidang perkapalan, pekerja kilang dan lain-lain. Semua ini telah memberi suntikan semangat kepada saya untuk cepat menghabiskan sesi pembelajaran saya dengan lebih cepat.

Terdapat pula mereka yang telah berkahwin dan ada pula yang sudah memiliki cahaya mata. Semua ini seolah-olah memberi tamparan kepada saya agar lebih terarah dalam sesi pembelajaran dan tidak hanya fokus terhadap pelajaran tetapi juga fokus terhadap apa yang bakal menanti kelak. Perkara seperti ini perlu dalam saya memuhasabahkan diri dalam proses mematangkan diri dan mengumpul ilmu-ilmu supaya lebih bersedia dalam bidang industri yang bakal mencabar nanti.

Terdapat juga beberapa perkara yang melibatkan kepimpinan yang berprinsip yang menjadi pegangan saya. Sekalipun mandat yang telah saya terima dalam memastikan kelancaran persatuan itu, namun tidak dinafikan terdapat beberapa kekangan dalam beberapa perkara. Al-maklumlah, sebagai orang yang bepersatuan secara part-time ini menguji kecerdasan fikiran dalam mengolah perkara secara kritis dan kreatif agar manfaatnya secara sejagat dan marhaen. Biarlah kita bersikap progresif dan mampu menerima apa jua pandangan orang lain supaya dapat kita melaksanakan sistem demokrasi yang telus dan mencapai kejayaan sesuatu persatuan itu secara amnya.