Ahad, Disember 12, 2010

Tahun Baru Masihi 2011 menjelang

Salam...

Banyak sebenarnya yang telah berlaku sepanjang 2010 tapi yang penting adalah segala yang keruh hendaklah kita jernihkan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

Saya akui sebagai manusia biasa, kita semestinya tidak terlepas melakukan kesilapan maka sebelum tidur semestinya saya akan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat kesilapan terhadap saya kerana semestinya kadang-kadang kita tidak perasan.

Justeru, adalah diharap tahun 2011 ini memberi sinar baru, sinar yang cerah, insyaAllah...

Jumaat, Disember 10, 2010

Kenduri Kahwin Disember 2010


Salam...


Pada bulan ni terasa sungguh banyak pula kenduri yang melibatkan kenalan-kenalan yang terdekat mahupun di kalangan keluarga. Manakan tidak, 3 orang sepupu dan 3 orang kawan yag akan melangsungkan perkahwinan di bulan Disember 2010.

Nampak gayanya ramai rupanya yang target untuk kahwin tahun 2010. Apa yang pasti, perut ni perlukan ruang untuk mengisi makanan yang banyak. Hampir setiap minggu ada saja kenduri kahwin. Rasanya berat badan akan menaik mendadak..

Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan tu, didoakan agar bahgia hingga ke syurga, insyaAllah..


p/s: baru ada arnab seekor. Hopefully dapat jaga ikut tip-tip dari internet....

p/s/s: Gambar di atas adalah gambar hiasan.

Isnin, Disember 06, 2010

Maal Hijrah 1432


Salam....

Hari ini sudah menjelma tahun baru... Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan kita ubah azam untuk jadi yang terbaik..

Mari kita guna masa yang ada untuk kita memantapkan diri dan kita mencari bekalan untuk ke akhirat sana..


Akhir sekali, Salam Maal Hijrah 1432..


Wassalam..