Khamis, Februari 25, 2010

Tegur Menegur Dalam Jamaah


“Tegur-menegur dan saling menasihati sesama muslim amatlah digalakkan di dalam Islam.Ini kerana Islam itu merupakan agama yang mementingkan aspek kemasyarakatan dan persaudaraan dalam menuju redha Allah S.W.T. Nabi S.A.W sendiri telah menyatakan dalam hadis yang sering kita dengari dan dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah :

الدين النصيحة

“Agama itu nasihat”

Bagitulah pentingnya nasihat dalam masyarakat Islam.Namun begitu,terlalu ramai dikalangan umat Islam sekarang telah melampaui had dan adab dalam memberikan dan teguran.Bahkan ada yang cuba menghalalkan tindakan mereka dengan menggunakan hadis di atas.Jika kita merujuk kepada kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah ada dinukilkan kata-kata Fudhail Bin I’yadh :

المؤمن ينصح ويستر والفاجر يهتك ويعير

“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”

Jelas dengan kata-kata Fudhail Bin Iyadh tersebut,menunjukkan pendekatan yang wajib diikuti dalam memberikan teguran dan nasihat kepada muslim yang lain. Lebih-lebih lagi,orang yang melakukan kesilapan tersebut merupakan seorang pemimpin atau dipandang tinggi dalam masyarakat. Sebagaimana kata-kata yang masyhur :

لكل مقام مقال

“Setiap peringkat(atau tempat) itu,ada ucapannya(yang tertentu)”

Ramai kalangan ahli dalam perjuangan hari ini, sudah tergelincir dari landasan sebenar yang di bawa dalam Islam. Semacam sudah menjadi satu doktrin di kebanyakan tempat,golongan yang dipimpin merasakan mereka berhak ke atas pemimpin mereka dengan melemparkan tuduhan dan teguran yang tidak wajar. Adakah seseorang pemimpin itu,apabila diangkat menjadi pemimpin,hilang hak mereka sebagai seorang Muslim?Maruah dan integriti mereka boleh dijatuhkan sesuka hati? Nabi S.A.W telah bersabda :

المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده

“Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya”

Sememangnya Islam itu menggalakkan teguran kepada pemimpin. Kita biasa mendengar kisah Saidina Umar yang ditegur oleh seorang wanita apabila cuba menghadkan kadar mas kahwin untuk wanita. Apabila ditegur, maka dengan penuh tawadu’ beliau menarik kembali dasar yang cuba ditetapkan. Beliau menyatakan, “Wanita itu betul,Umar salah”. Tetapi cuba kita meneliti kembali dasar yang cuba diletakkan oleh Umar dari aspek siasah syari’yyah. Bukankah dengan melaksanakan perkara tersebut, dapat mengelakkan masalah pembujangan dikalangan muda mudi? Perkara ini dilihat semakin parah diseluruh negara-negara Islam. Di Negara Mesir sendiri puluhan juta anak gadis yang melebihi umur 30 tahun. Apa yang cuba saya fahamkan di sini, setiap ahli perlu berlapang dada seandainya teguran yang diberikan tidak dipraktikkan. Mungkin di sana kita tidak dapat melihat keutamaan yang difikirkan oleh kepimpinan.

Tugas memikul tanggungjawab memimpin perjuangan Islam bukan merupakan suatu yang mudah. Ianya tidak dijanjikan kemewahan dunia dan harta benda. Bahkan bukan matlamat utama perjuangan Islam itu adalah untuk mendapatkan kemenangan dan memimpin sebuah kerajaan. Oleh itu, tidak sewajarnya kepimpinan gerakan Islam disamakan dengan kepimpinan lain.Insyaallah, mereka ini akan menerima cadangan dan teguran daripada semua pihak selagimana ia menguntungkan perjuangan Islam.
Wallahua’lam…

Rabu, Februari 24, 2010

Test Kembali Lagi (Mechanics of Material)




Salam kepada semua..

Nampaknya kalau kita lihat pada post kali ini terasa seperti bebanan sedang melanda.. Ya, memang Test Mechanics of Mechanics akan berlangsung. Kalau sekarang ini dah pun jam 4petang, akan tetapi, test adalah pada jam 5petang..

Nampak gayanya, berdoalah saya agar smuanya berjalan dengan lancar. Kalau nak dikatakan yang saya tidak usaha, dah pun berusaha untuk study namun smuanya bergantung kepada test yang bakal dilalui ini..





p/s: Sabtu 9.15malam, Konsert Nasyid Maulidurrasul - Kumpulan Fareast & Are-buddy datang memeriahkan suasana.. Dijemput untuk anda semua datang bertempat di Kompleks Sukan UMP Gambang, Kuantan...

Jumaat, Februari 19, 2010

Peranan Sayyidah Khadijah di sisi Rasulullah



Assalamualaikum.. Memandangkan Maulidurrasul kian dekat, maka saya nak selitkan posting kali ini berbentuk Sirah.. Pada kali ini, berkenaan dengan isteri Rasulullah yang tercinta, Siti Khadijah R.A...

Adapun peranan Khadijah sewaktu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mula-mula menerima wahyu dan diangkat menjadi Rasul, secara ringkasnya dapat disimpulkan seperti di bawah:

1. Khadijah amat mengenali dan memahami jiwa, peribadi serta akhlak suaminya dari sejak kecil sehingga dewasa.

Beliau mengetahui betapa Rasulullah membenci adat kaum Quraisy yang menyembah dan mendewakan berhala. Demikian juga Baginda sangat benci kepada kegemaran kaumnya yang berjudi dan minum khamar, serta melakukan perbuatan di luar perikemanusiaan seperti menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana rasa malu dan takut jatuh miskin.

2. Khadijah memberi suaminya kesempatan dan kebebasan yang sebesar-besarnya untuk berfikir dan beruzlah, dalam usaha untuk mencari hakikat yang benar dan mutlaq. Baginda diberi dorongan semangat agar terus mencari kebenaran, dan tidak dibebani dengan persoalan rumahtangga dan perdagangan, yang semuanya diuruskan oleh Khadijah sendiri. Dan ketika Nabi bertafakur di Gua Hira', disediakannya perbekalan untuk Baginda tinggal di sana selama beberapa hari, dalam melakukan tahannuts mencari hakikat yang benar itu.

3. Ketika Nabi Muhammad berada dalam keraguan dan kebimbangan menghadapi kejadian-kejadian yang dilihat dalam mimpi Baginda, Khadijah meyakinkan suaminya, bahawa dengan akhlak Baginda yang mulia dan tidak pernah menyakiti hati orang lain, adalah mustahil Nabi akan diganggu atau digoda oleh jin dan syaitan.

4. Ketika Nabi Muhammad berada dalam kegelisahan dan kebingungan setelah menerima wahyu yang pertama, Khadijah menghiburkan hati dan meyakinkan suaminya, bahawa suaminya itu dilantik menjadi Rasul, dan akan mengangkat darjat kaumnya dari lembah kejahilan dan kesesatan kepada darjat kemuliaan dan kebahagiaan. Setelah hilangnya keraguan dan kecemasan suaminya, Khadijah pergi berjumpa dengan Waraqah bin Naufal, untuk menceritakan hal yang dialami oleh suaminya. Lalu Waraqah menjelaskan kepada beliau berdasarkan pengetahuannya dalam kitab Injil yang dipelajarinya, bahawa Muhammad telah dipilih menjadi Nabi.

5. Ketika suaminya menerima wahyu kedua yang berisi perintah menyuruh Nabi mulai bekerja dan berjuang menyebarkan agama Allah dan mengajak kaumnya kepada agama tauhid, Khadijah merupakan manusia yang pertama yang mempercayai kalam Nabi dan menyatakan keimanannya, tanpa sedikit pun keraguan kepada apa yang disampaikan oleh suaminya.

Peranan Khadijah sebagai isteri dan wanita pilihan yang memang telah dipilih dan ditetapkan oleh Allah dalam qadar-Nya adalah amat besar, dalam membantu usaha dah'wah suaminya untuk menyeru dan mengajak kaumnya kepada agama tauhid, meninggalkan sembahan berhala dan adat-adat jahiliyyah, serta mengesakan Allah. Allahu a'lam.. - Al-Qur'an dan Terjemahannya, cetakan al-Malik Fahd, Madinah.

Diriwayatkan dari Aisyah, beliau berkata: "Rasulullah hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga Baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah beliau seorang wanita tua, yang Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka Baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh Khadijah telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengurniakan zuriat kepada ku dan tidak dengan wanita yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkannya buat selama-lamanya."

Sabtu, Februari 13, 2010

Aurat Wanita... Renungkan..


Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud FiFathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, IbnKhuzaimah dan Hibban.



4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat
At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung
yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." RiwayatMuslim dan Bukhari.

8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.



9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya
boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya
tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud danTirmidzi.

10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al
Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia
telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii danIbn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan
Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya
dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Khamis, Februari 11, 2010

Bidadari...






Pada waktu dan ketika ini, teringat daku akan lagu Bidadari yang telah pun dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani yang solonya sewaktu itu ialah Allahyarham Us Asri Ibrahim...

Terkenangkan sesuatu.. Renungilah setiap perkataan & bait-bait kata yang terkandung pada lirik ini.. Menunjukkan kemesraan antara insan yang bernama Adan & Hawa..




Bidadari
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Ketika Hilang Segala Yang Nyala
Kau Hadir Dengan Pelita Hati
Simpuhmu Melangkah Kesopanan
Tiada Bicara Dapat Dilafazkan

Pulangku Kau Sambut Dengan Senyuman
Pemergianku Didoakan Kemuliaan
Kau Sulam Kasih Sayang Ini
Dengan Kemesraan

Walau Kesederhanaan
Yang Mampu Kuhulurkan
Kau Tadah Penuh Keredhaan
Limpah Syukurmu Kususun Rapi
Agar Dirimu Dapat Kuhargai
Sebagai Bidadari

Kau Permaisuri Hati
Kau Permata Suci
Akan Tatahkan Hatimu
Dengan Sinar Iman
Akan Kuhiasi Jiwamu
Dengan Kewajipan
Tanda Mensyukuri Anugerah Tuhan
Serta Anak Yang Menjadi Penawar

Dirimu Anugerah Tuhan
Amanah Buat Insan Beriman
Rusuk Kiriku
Dicantumkan
Agar Dapat Kita Bergandingan



p/s: hati ini tengah sayu...

Rabu, Februari 10, 2010

Differential Equations...


Test akan dijalankan malam ini juga.. Nampak gaya nya, banyak yang kena study untuk malam ini..

Pada kiraan saya, dan pada saya, test ini lah antara yang memerlukan penekanan yang banyak oleh saya...


Ya Allah... Permudahkanlah segala urusan ku pada malam ini...



Wassalam...


p/s: Test 8.30malam, YDK12, Universiti Malaysia Pahang...

Selasa, Februari 09, 2010

Test.... Berdoa...


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Nampaknya test yang pertama akan berlangsung pada malam ini pada pukul 8.30mlm...


Doa-doa lah ye...


p/s: Test - Soil Mechanics


Isnin, Februari 08, 2010

Menunggu waktu itu...



Malam ini telah pun lengkap ke kelas Mechanics of Material... Terasa agak susah juga, maklumlah 4 tahun kurang menjenguk subjek ini..

Malam esoknya, test Soil Mechanics, maka, saya kenalah bersedia dari sekarang..


Sabar je lah...


Kepada post berkenaan dengan PERKASA, harap ditunggu dulu disebabkan oleh kekangan test yang sudah menjelma sebelum cuti seminggu...

Minggu Ini..


Post kali ini ingin saya kongsikan apa yang bakal berlaku pada saya..

Menurut planner saya, minggu ini saya akan menghadapi 2 test..

1. Soil Mechanics
2. Differential Equations

Maka minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya untuk belajar..

Tetapi....

Terdetik dalam hati ini untuk withdraw subject Fluid Mechanics..
Hal ini terjadi atas sebab-sebab tertentu...


Maka, saya mempunyai lebihan masa untuk belajar dan tumpu subjek lain, insyaAllah..


~Good Luck~

Wassalam....

30 larangan kepada wanita


1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Jumaat, Februari 05, 2010

Sejarah Perkasa V2

Sebagai antara ahli yang agak lama bersama Perkasa, adalah terpanggil untuk saya mencoretkan post kali ini..

MT Perkasa pada sesi 06/07 sebenarnya antara yang menjada sejarah dan kenangan kerana memegang dan merasai perubahan terhadap iklim UMP..

Pada waktu itu, AGM untuk perkenalkan MT, UMP dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). Pada AGM seterusnya, pada waktu penyerahan mandat, Nama Universiti ditukar kepada Universiti Malaysia Pahang..

Maka, pada waktu itu, perlunya kepada rebranding kepada logo yang sedia ada yang stated perkataan UTEC yang membawa makna Universiti Technology & Engineering College dan pada waktu itu, berlakunya pertandingan mencipta logo dan pemenang akan menerima RM100..


Setakat itu post kali ini..

To be continued....

Khamis, Februari 04, 2010

GPMS? Saya?


Post kali ini adalah berkaitan dgn GPMS.. Finally GPMS dah pun sampai UMP.. Well, sekarang tgh berkira-kira nk join.. Namun, ia merupakan persatuan baru di UMP so banyak perkara blum flourish lg..

Apa yang menarik ya? Perlu kah saya join? erm... Tepuk dada, tanya diri...


p/s: masih keadaan memilih untuk sertai ataupun tidak...

Rabu, Februari 03, 2010

Sejarah Perkasa V1


Bertemu kembali.. Erm.. Kalau tak silap saya, perkasa ni ditubuhkan pada tahun 2003. Saya berkesempatan mengikuti President pada Batch ke-2 iaitu Saudara Khomeidi.. Sewaktu itu, saudara Khomeidi adalah pelajar Diploma (perbetulkan saya kalu nama silap).. Kemudiannya barulah naik kepada Perkasa Batch ke-3 yang presidennya ialah Saudara Ikhwan Fariz..

Pada waktu batch yang ketiga ini juga terdapat kesilapan iaitu AGM, Manifesto awal dari pemilihan MPP dan menyebabkan calon yang telah memenangi undian telah lari dan bertanding MPP.. Akhirnya pada barisan itu, berlakunya kekosongan 3kerusi dan 3kerusi itu telah pun diisi melalui interview oleh lecturer walaupun saya merupakan individu yang membantah keras.

Untuk pengetahuan, tutor kita, Pn Qastalani juga pernah menjadi MT Perkasa iaitu Setiausaha Perkasa 2005/2006 kalau tak silap saya di bawah pemerintahan Saudara Khomeidi sebagai President..

Yang lain??

To be continued....


(membuka komen kepada sesiapa yang membaca)

Isnin, Februari 01, 2010

Sejarah Perkasa..

Dalam post kali ini, terdetik pada hati ini untuk menghasilkan sejarah Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam & Sumber Alam... In case ada yang tak tahu..

Logo dulu dan sekarang pun dah tidak sama.. Apa-apa pun, tnggu lah next post sbb nk gather all of the information balik.. Nk recall dlm ingatan..

To be continued...

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun

Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.

Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?

Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?


Takutlah untuk tidur

Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.

Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.

Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?

Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”

Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.


Menyesal lah ketika bangun
Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?

Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?


Kenapa perlu semua ini?
Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?

Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.

Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.


Penutup: Hidup ini, untuk persediaan ke sana
Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah SWT berfirman: “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.

Pemimpin Kami..

Kali ini merupakan hari yang memang membuatkan diri ini tergelak... Kerana apa?

Terdapat juga mereka yang telah dipilih tapi tidak mahu memegang tugas atas undian mereka itu.. Namun, apa sebenarnya yang menjadi kekuatan untuk mereka datang bertarung? Kalau benar mereka pahlawan, biarlah datang dan bertarung dalam pentas yang sebenar..

Seolah-olah? Ya.. Seolah-olah Hang Tuah yang hebat dan disukai rakyat tetapi Hang Tuah tidak mahu menerima tugasan sebagai Hulubalang Melaka.. Kalu benar tidak mahu, biar dari awal tidak bertanding..

Seterusnya, berlaku pula adegan seperti bola sepak. Hal ini kerana, terdapat pula mereka yang ingin tarik diri dari pertandingan setelah menang undian namun seterusnya tarik balik kata-kata dan terima pula kembali.. Apa sebenarnya yang terjadi?


Wahai Pemimpin-Pemimpin Ku Sekalian
Ingatlah bahawasanya tugas anda adalah amanah kami smua
Tugas anda adalah untuk menjaga kebajikan kami
Kami menyerahkan sepenuh kepercayaan kami dalam setiap undian kami
Jangan jadikan tugasan ini membuatkan kemerosotan akademik anda
Kerana kami tidak mahu dengar keluhan, rungutan anda
Kami mahu hak kami diperjuang dan bukan kepentingan diri anda sahaja
Kami inginkan keadilan dari anda dan jangan jadi kuku besi
Ingatlah
Setiap perbuatan anda akan dipersoal kelah di padang Mahsyar
Kalu anda tidak adil kepada kami, nescaya lebih teruklah azab anda dari kami
Kami hanya mampu berdoa agar anda melakukan amanah ini dengan ikhlas
Tidak ada istilah TerPAKSA sekarang ini
Sekiranya anda berfikiran demikian, mengapa bertanding?
Jikalau tidak mampu menangung beban mengapa dari awal tidak menarik diri?
Jangan adakan alasan kesibukkan anda sehinggakan kebajikan kami tidak dijaga
Kami memilih anda dari smua yang bertanding dan ditakdirkan anda menang
Maka jalankanlah amanah ini bersungguh-sungguh kerana masa depan kami pada anda
Kami peduli akan hak kami dan kami mahu anda lebih peduli hak kita semua
Pantanglah anda berundur sebelum anda bertarung akan hak kami smua
Andalah role model kami
Janganlah beri nama buruk kepada kami kerana anda lah wakil kami
Sekiranya anda perlihatkan akhlak yang buruk maka itulah kami pada kiasnya

Selamat Memerintah..



Wassalam..